Norma baharu hari ini bukan Sahaja memerlukan kita memakai topeng muka pabila berada di kawasan umum, membersihkan tangan dengan item nyah kuman atau hand sanatizer sudah jadi rutin ‘wajib’ selang beberapa jam. Tapi satu yang saya perasan, kita perlu memilih pembersih yang bukan saja berkesan membasmi kuman, teksturnya juga mestilah tidak melekit, ringan, mudah serap dan tidak mengeringkan. EH! senaraikan empat item untuk membelai jemari anda.
Yang Tidak Mengeringkan Tangan
Pilih sanatizer yang tidal mengeringkan. Misalnya dari Grown Alchemist ini, ia mengandungi hyaluronan dan bahan antioksida yang membersih dan melembapkan kulit dengan segera serta melindungi dari hakisan lembapan semula jadi tangan. Ia turut mengandungi formula 70 peratus alkohol daripada tebu dalam melindungi tangan dari bakteria.
Cucian Tanpa Bilas
Selain mahu yang selamat dan berkesan, kita juga mahukan sesuatu yang mudah. Misalnya pencuci tangan tanpa bilas dari L’Occitane ini diharumkan dengan aroma verbena, menjadikan proses mencuci tangan lebih mudah dan selesa pada bila-bila masa di mana-mana saja.
Yang Jimat & Berkesan
Bagi yang gemarkan aroma buah-buahan, pencuci tangan dengan bau mangga ini pasti menjadi pilihan. Ia juga tidak perlu dibilas dan mengandungi 73 peratus bahan alkohol dan mampu membunuh 99.9 peratus bakteria. Harganya juga cukup berpatutan.
Lembapkan Dengan Yang Beraroma
Bila kerap sangat memakai sanatizer, rajinkan juga menyapu pelembap. Saya suka yang ini, teksturnya dimewahkan dengan manfaat vitamin E dan shea butter dan bagi yang sukakan krim tangan wangi, ada tiga aroma untuk dipilih iaitu grapefruit, coriander dan lavender. Selain melembap tangan juga berbau harum.