Koleksi musim luruh/sejuk 2019 CHARLES & KEITH tampil dengan himpunan kasut dan beg menarik untuk disuai padan tidak kira ke mana sahaja anda pergi atau apa jua acara dihadiri, termasuklah digayakan saat anda berpergian ke destinasi percutian. Menampilkan supermodel ternama Hailey Bieber dan Xiao Wen Ju buat koleksi musim ini, setiap aksesori yang dihasilkan tampil lebih trendy biarpun dalam gabungan reka bentuk lama dan baru, setiap rekaan aksesori yang dihasilkan tampil lebih kemas dan minimalis, palet warna yang digunakan pula tampil dalam kumpulan warna ‘earthy tones’ juga pastel, pastinya jadi koleksi aksesori yang menyerlahkan lagi personaliti diri anda.
GAYA PERCUTIAN NAN LEBIH MEMPESONA!
Mahu meneroka lebih jauh berkenaan personaliti percutian anda kami di EH! tampilkan dua selebriti Daiyan Trisha dan Charis. Apa yang berbeza kali ini adalah kami mengayakan mereka dengan lima tema gaya eksentrik yang seringkali menjadi pilihan ramai kala bercuti, juga sepadan dengan destinasi yang dituju.
Aksesori yang digayakan bukan sahaja tampak sempurna dibalik lokasi dan pemandangan yang dilawati malah selesa untuk digayakan. Antara lima pilihan gaya yang menjadi tema percutian adalah ‘The Artsy Traveller’ khusus buat anda yang menghargai seni, ‘The City Hustlers’ untuk anda yang gemar bersiar-siar di kota atau bandar, ‘The Laid-back Traveller’ pula bagi yang gemar merehatkan minda dan tubuh kala bercuti, ‘The Nature Traveller’ buat yang gemar meneroka alam semula jadi dan ‘The Wild Traveller’ khusus buat anda yang gemar mencabar diri untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak sewaktu bercuti.