Alhamdulillah, tahniah Fattah Amin dan Amira Othman yang bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini, 14 September 2025.
Pengumuman mengejutkan ini berlaku semasa pelancaran lagu duet mereka, “Rasa & Takdir”, di mana Fattah Amin muncul di pentas secara tiba-tiba.
Irfan Haris, adik kepada Amira, menyerahkan simbolik ‘kunci’, menandakan penyerahan tanggungjawab sebagai lelaki sebelum diserahkan pada Amira, satu aksi yang menyentuh hati dan disaksikan oleh ibu bapa Amira sendiri.
Dari ‘rakan sekerja’, kini Fattah Amin dan Amira Othman bakal bergelar ‘rakan serumah’.
Lebih menarik, tarikh pernikahan ini juga bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah Amin yang ke-36 pada 14 September.
Sebelum ini, spekulasi semakin hangat apabila netizen mendakwa majlis telah dirancang dan dewan telah ditempah, termasuk juga desas-desus mengatakan ia mungkin berlaku pada hujung tahun ini.
Dan terbaru, lagi membenarkan desas desus adalah ‘hanger’ A & F di dalam klip video bergaya pra-perkahwinan dimuat naik oleh pengasas HijabistaHub, Wanie Elena.
Dalam rakaman tu nampak penyangkut baju (hanger) tertera huruf A & F, netizen tafsir sebagai Amira & Fattah.
Sebelum ini, bekas isteri pelakon, Fazura memfailkan cerai sehari sebelum birthday Fattah Amin, setelah tujuh tahun membina mahligai cinta bersama.