Berbicara tentang ikon fesyen, Ameera Khan, beliau tidak pernah sekadar memakai busana, beliau menghidupkannya.
Di kota yang bernafas dengan warisan dan haute couture, Milan Fashion Week menjadi saksi bagaimana seorang It Girl dari Malaysia menulis naratifnya sendiri.
Ada sesuatu yang effortless pada caranya membawa diri. Bukan sekadar cantik, tetapi memiliki aura.
Kamera antarabangsa menangkapnya, lensa street style memburunya. Ini gaya fesyen Ameera Khan di Milan Fashion Week himpunan pilihan EH!

1. Armani
Muncul menawan di Milan dengan bahagian atasnya ialah blaus tanpa lengan berwarna putih krim dengan teknik rajutan (crochet) yang mempunyai corak berlubang artistik. Tekstur tas tangan ini memberi sentuhan bohemian dan dipadankan dengan seluar flowy material ringan dan lut sinar berona pastel seperti jingga lembut dan pic, rekaan ini memberi efek pergerakan yang cantik ketika berjalan.
2. Dolce & Gabbana
Gaun hitam tanpa lengan ini dihiasi corak bunga ros merah yang besar dan menyerlah, mencipta kontras berani antara latar gelap dan motif floral yang hidup. Potongan bahagian atas yang fitted dengan garis leher berbentuk hati (sweetheart neckline) menonjolkan siluet feminin, manakala skirt kembang paras lutut memberikan efek volume yang elegan dan playful.
Strap bahu yang tebal menambah struktur pada rekaan, dan aksesori dipilih secara minimal, beg tangan hitam klasik dan sandal bertumit halus.
3. Max Mara
Gaun labuh bercorak abstrak hitam putih menjadi fokus utama, menampilkan siluet lembut dan jatuhan kain yang mengalir anggun. Corak floral berskala besar dalam tona monokrom memberi efek artistik dan dramatik tanpa perlu warna terang. Potongan satu bahu (one-shoulder) dengan perincian draping di pinggang menambah elemen feminin yang refined serta membentuk siluet badan dengan halus.
Lapisan kot panjang hitam yang disarungkan di luar pula menghadirkan sentuhan klasik dan berstruktur, satu ciri yang sinonim dengan gaya rumah fesyen Itali yang understated luxury.
4. Prada
Ameera mengenakan red V-neck knit blouse, pilihan warna merah yang terang menyerlahkan aura berani. Bak kata di suntingan Instagram postingnya ‘A walking Red flags’.
Dipadankan dengan black laced skirt, gabungan warna merah dan hitam mencipta kontras dramatik yang sofistikated. Renda pada skirt menambah tekstur dan detail halus.
5. Fendi
Ameera tampil dengan black knit V-neck sweater dan dipadankan dengan midi skirt yang ringkas namun bergaya. Potongan V-neck memberikan ilusi leher yang panjang dan menambah sentuhan feminin.
Ameera membawa Peekaboo handbag dari Fendi berwarna hitam kulit, pilihan aksesori yang mewah dan klasik. Tumit tinggi hitam dari kulit berkilat (black varnished leather pumps heels) menambah postur formal old class.
Baca: Kenali Tengku Bakar Ahmad, Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Ameera Khan








