Persiapan raya tahun ini menjadi lebih istimewa buat pembaca bertuah EH!, EHsociates dan Sweet Qisminizers apabila mereka berpeluang mengungkap rahsia mendapatkan kulit glass skin menerusi masterclass eksklusif EH! x Kiehl’s bersama selebriti jemputan, Sweet Qismina.
Pada 28 Februari 2026, IOI Mall Putrajaya menjadi lokasi berlangsungnya acara kecantikan yang penuh meriah ini. Dalam suasana menjelang Syawal yang ceria, EH! bersama Kiehl’s mengundang pembaca bertuah termasuk komuniti EHsociates serta Sweet Qisminizers untuk menyertai sesi masterclass eksklusif ini.

Kehadiran Sweet Qismina turut menambahkan kemeriahan acara apabila para peserta berpeluang bertemu secara lebih dekat dengan selebriti kesayangan mereka sambil mempelajari rutin penjagaan kulit yang sempurna untuk Hari Raya.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diperkenalkan dengan asas penjagaan kulit bagi mendapatkan kulit yang sihat, berseri dan licin bak kaca menjelang Syawal. Antara produk yang menjadi tumpuan ialah Glass Skin Duo daripada Kiehl’s iaitu Clearly Corrective™ Dark Spot Solution danClearly Corrective™ Daily Re-Texturizing Triple Acid Peel. Produk-produk ini terkenal dengan keberkesanannya membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata, memudarkan bintik gelap serta memberikan tekstur kulit yang lebih halus dan bercahaya.
Sweet Qismina turut berkongsi tip dan trik kecantikan peribadinya sepanjang sesi tersebut. Daripada rutin penjagaan kulit harian sehinggalah cara mengekalkan kulit yang sihat dan berseri walaupun dengan jadual yang sibuk, perkongsian Sweet Qismina memberikan inspirasi kepada para peserta untuk lebih konsisten menjaga kulit mereka.
Lebih istimewa, setiap peserta turut membawa pulang cenderahati eksklusif bernilai RM150 serta baucar pembelian bernilai RM50 daripada Kiehl’s, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Para peserta juga menikmati promosi khas yang ditawarkan sepanjang acara berlangsung, termasuk potongan harga serta hadiah eksklusif bagi setiap pembelian produk Kiehl’s.
Bengkel ini bukan sahaja memberikan ilmu penjagaan kulit yang bermanfaat, malah mencipta kenangan manis buat para peserta dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Terima kasih kepada Kiehl’s atas kolaborasi istimewa ini yang bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan melalui penjagaan kulit, malah memberikan pengalaman kecantikan yang cukup mempesona buat pembaca EH!.
Bagi yang terlepas peluang menyertai bengkel kali ini, nantikan lebih banyak aktiviti menarik daripada EH! pada masa akan datang untuk merasai sendiri pengalaman dunia kecantikan yang eksklusif dan penuh inspirasi.
Artikel Berkaitan: Hanoi Punya Bahan Semula Jadi Terhebat Yang Menjadi Kunci Utama Produk Kiehl’s





