Hari Ke-8, penutup penuh meriah En Route to EH!xperience di City University Cyberjaya! Thank you for joining us!
Siri jelajah En Route to EH!xperience x Kérastase akhirnya melabuhkan tirainya di City University Cyberjaya bagi hari kelapan, sekaligus menandakan penutup kepada dua minggu yang sarat dengan inspirasi, kecantikan, fesyen dan keseronokan bersama pelajar-pelajar di lapan universiti.
Suasana hari terakhir ini dihadiri oleh penyanyi berbakat dan figura inspirasi, Aisha Retno, yang tampil berinteraksi bersama pelajar. Aisha turut mengambil peluang mencuba sendiri Glaze Drops by Kérastase, produk yang semakin mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mahukan rambut lebih sihat, ringan dan bersinar.
Kemunculan istimewa pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari di En Route to EH!xperience City University Cyberjaya turut menjadikan penutup siri jelajah ini lebih bermakna. Pasangan ini hadir bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi juga sebagai wakil kepada jenama fesyen mereka, AYAAYA.
Scha dan Awal meluangkan masa bersama pelajar untuk berkongsi kisah di sebalik penubuhan jenama tersebut, dari inspirasi gaya, cabaran membina empayar, hingga misi mereka untuk meraikan identiti individu melalui fesyen yang versatil dan berani.
Pelajar tidak melepaskan peluang bergambar, berbual dan menerima kata-kata motivasi terus daripada dua figura ikonik tanah air ini.
Masterclass Glaze Drops by Kérastase diteruskan dengan pelajar berpeluang untuk mengalami sendiri magis serum ini secara langsung. Ruang aktiviti kekal meriah hingga ke penghujung acara:
- Memory Game padankan gambar produk Kérastase terus jadi rebutan
- Kopi percuma dari @hwc_malaysia mengisi tenaga pelajar di tengah-tengah sesi
- Selfie dan Slay bersama @canonmalaysia menjadi lokasi terakhir untuk merakam foto penuh gaya sepanjang hari
- Draw My Hair pula menjadi penutup kreatif, para pelajar menghiasi ruang dengan ekspresi dan identiti masing-masing
Baca: En Route To EH!xperience Bawa ‘Beauty on Campus’ ke Taylor’s University