Sedang seluruh dunia menyambut kecantikan dalam persaingan di Olimpik Tokyo 2020, jenama penjagaan kulit mewah dari Jepun, SK-II berkerjasama dengan para atlet Olimpik untuk menyuarakan #NOCOMPETITION dalam kecantikan.
Persaingan sememangnya sesuatu yang bagus sekiranya ia membuat kita menjadi lebih baik. Persaingan sihat cukup dialu-alukan malah kita meraikan kemenangan dalam persaingan. Namun apabila hadirnya tekanan, bermulalah satu persaingan toksik. Dan ia adalah kecantikan. Satu persaingan yang kita tidak mahu terjebak namun hakikatnya kita semua wanita terlibat tanpa disedari. Kita bersaing untuk mengecapi satu standard kecantikan yang diidamkan masyarakat. Persaingan toksik ini menentukan bagaimana penampilan yang sepatutnya, apa yang kita patut rasa dan tindakan yang bagaimana lantas menimbulkan tekanan yang tidak sepatutnya.
SK-II mengharapkan kempen ini dapat memberi inspirasi kepada semua wanita untuk memahami apa maksud kecantikan sebenarnya dan tidak terjerumus dalam persaingan kecantikan. Antara atlet yang menjayakan kempen ini adalah Simone Biles, ahli gimnastik terulung, LiuXiang, Perenang rekod dunia, Ishikawa Kasumi pemain tenis meja dan pemenang medal Olimpik, Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo, badminton duo juga merangkap pemenang medal emas Olimpik, Mahina Maeda, Peluncur dan Hinotori Nippon, kumpulan pemain bola tampar. Mereka berkongsi pengalaman mereka di media sosial dengan menghantar mesej yang cukup berpengaruh iaitu “We Won’t Compete Anymore. Beauty is #NOCOMPETITION.”
“Kecantikan sememangnya subjektif, tapi yang pasti ia bukanlah satu persaingan. Sedang satu dunia meraikan persaingan kemanusiaan dalam sukan Olimpik Tokyo 2020, kami mengambil peluang ini untuk mengetengahkan isu yang dialami wanita setiap hari. Kami harap dengan mesej ini, dapat memberi kesedaran kepada wanita yang persaingan toksik ini perlu disingkirkan.” Kata YoeGin Chang, Pengarah Jenama SK-II Jepun ketika bercakap di sidang The 2020 MAKERS Conference.