OLEH : Hakimi As’ari
Filem Polis Evo yang melalui satu fasa dunia seni yang cukup mencabar. Malah cabaran di sahut dengan membuktikan filem Malaysia mampu diterima masyarakat. Terbukti apabila filem ini mencatatkan kutipan sebanyak 13 juta hanya dalam masa tiga minggu di pawagam.
Secara tidak langsung filem ini menempatkan kedudukan di tempat kedua dalam carta filem terlaris Malaysia. Tempat pertama ialah filem “The Journey” yang mendapat kutipan sebanyak RM17.17.
Apakah faktor kejayaan filem Polis Evo?
Ada banyak faktor yang mungkin menjadi sebab kejayaan filem ini. Taruhan utama mungkin adalah kerana penglibatan pelakon popular yang memacu promosi bertubi-tubi. Shaheizy Sam dan Zizan Razak miliki aura tersendiri seakan-akan menyeru penonton untuk menyaksikan filem ini. Bonus buat Nora Danish dari segi lakonan dan juga populariti secara tidak langsung mencabar skil lakonannya.
Olahan cerita filem ini amat bagus pendekatan elemen Malaysia serta watak-watak yang cukup dekat dengan kehidupan harian kita.
Tahniah EH! Ucapkan kepada tenaga produksi, pelakon dan mereka yang terlibat untuk merealisasikan kejayaan ini.
[soliloquy slug="hiburan-polis-evo"]