Mungkin kamu seorang yang gemarkan aktiviti lasak tetapi tidak pernah mencuba aktiviti mendaki gunung? Nampak mencabar, dan sukar untuk pendakian yang pertama, tetapi jika kamu pergi untuk kali yang kedua, pasti tiada masalah! Kami kongsikan tip mendaki gunung buat anda:
Gambar: vi-hotels.com
1. Sebelum pergi, pastikan kamu memberitahu keluarga dan teman rapat kemana kamu pergi, berapa jam perjalanan dan jam berapa kamu jangka akan pulang. Ini adalah untuk langkah keselamatan sekiranya sebarang hal yang tidak diingini berlaku.
2. Hormati alam sekitar terutamanya tumbuhan liar yang hidup sepanjang perjalanan kamu mendaki. Jangan gatal tangan mencabut atau mematahkan tumbuhan yang ada. Paling penting jangan buang sampah merata!
3. Sediakan bekalan air yang secukupnya kerana kamu pasti akan dahaga dan kepenatan semasa mendaki. Bagi memudahkan pendakian, beli beg sandang yang mempunyai ruang menyimpan air didalamnya yang boleh kamu minum terus melalui tiub.
4. Bawa bersama tuala kecil untuk mengelap peluh semasa mendaki.
5. Dinasihatkan untuk tidak makan terlalu kenyang sebelum mendaki kerana khuatir kamu akan muntah ketika pendakian.
Beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pendaki untuk melakukan aktiviti ini adalah:
- Bukit Broga, Semenyih
- Gunung Andsi, Ulu Bendul
- Gunung Ledang, Johor
- Gunung Kinabalu, Sabah