Ketika menghadiri sesebuah majlis, pasti mata akan tertumpu pada satu dua orang yang tampil menyerlah berbanding orang lain. Dalam hati berbisik “Mesti dia akan menang Best Dressed malam ni!” Dari meja Timbalan Pengarang, Khairul Abidin kongsikan rahsia menjadi ‘Best Dressed’ untuk anda.
Gambar: examiner.com
TRENDSETTER Mereka yang sering diangkat sebagai ‘Best Dressed’ sering kali menjadi rujukan gaya. Mereka adalah pencetus trend. Tetapi itu tidak bererti mereka menidakkan trend fesyen semasa, tetapi mereka tidak membuta-tuli mengikut semua trend. Mereka tapis dan pilih, dan pilihan mereka itu ditentukan berdasarkan kesesuaian personality mereka sendiri.
MASA & TEMPAT Kata pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang kerbau menguak. Jadi apa yang anda pakai biarlah kena dengan tempat, waktu dan majlisnya. Janganlah bergaya tak kena dengan orang sekeliling. Patuhi etika berpakaian. Peka dengan destinasi dan bentuk majlis yang bakal dihadiri, bukan sahaja soal rekaan pakaian tetapi tentunya anda mahu menyarung helaian yang buat anda selesa.
SUAI PADAN Mereka yang pandai bergaya biasanya memang bijak dalam menyuai padan pakaian. Oleh sebab kepandaian mereka inilah mereka tampil menyerlah. Mereka tahu mengadunkan helaian vintaj, mewah dan ringkas dalam satu masa, hasilnya memang wow!
**Untuk tip selanjutnya, dapatkan majalah EH! edisi November di pasaran!