Walaupun Songlap tidak menggondol Anugerah Filem Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-25 baru-baru ini, ia tidak menghalangnya daripada terus bersinar di litar antarabangsa. Sudah mula menjejaki layar perak di negara orang sejak tahun 2012 lagi, filem Songlap menyerlah di Far East Film Festival ke-14 di Itali, Los Angeles Asian Pacific Film Festival, Filmfest Hamburg di Jerman, Abu Dhabi Film Festival dan Fort Lauderdale Film Festival di Amerika Syarikat. Filem ini turut menjadi filem pembukaan bagi Five Flavours Film Festival di Poland pada Oktober lepas.
BERTUNANG DENGAN ISTERI ORANG, FIZZ FAIRUZ MOHON MAAF >>
ANNE HATHAWAY BAKAL TERKENA SUMPAHAN OSCAR? >>
Karya seni terbitan Grand Brilliance dan Red Film ini terus menerus menjadi perhatian di peringkat antarabangsa dan kali ini Songlap bakal menerima status tayangan perdana di Deauville Asian Film Festival ke-15 yang akan berlangsung di Perancis. Ia adalah acara tahunan sejak tahun 1999 untuk meraikan filem-filem terbaik Asia. Bukan itu sahaja, Songlap juga akan ditayangkan di Frequency Film Festival di San Diego bersama-sama dengan 13 filem cereka yang lain serta 9 dokumentari yang dipilih dari seluruh dunia.
HADIAH ROMANTIK YUSRY UNTUK LISA >>
TELATAH COMEL FAZURA SEBAGAI PENGHIAS KULIT >>
Kejayaan filem Songlap ini membuka mata orang luar terhadap kualiti filem yang dihasilkan oleh anak Malaysia. Semoga industri filem kita menjadikan Songlap sebagai rujukan dan terus-menerus menghasilkan filem yang berkualiti setaraf dengan filem-filem luar negara.