Kami sudah tidak selalu bersama. Komunikasi pun kurang. Si dia selalu pulang lewat dan kerja di luar kawasan setiap hujung minggu. Gerak hati mengatakan suami ada menyembunyikan sesuatu atau mungkin ‘seseorang’. Adakah suami anda juga menunjukkan perubahan seperti di atas atau di bawah ini:
Gambar: INGimage
Perubahan penampilan
Sekiranya suami anda tiba-tiba berubah, daripada seorang yang agak selekeh kepada seorang yang mula menjaga penampilan, sememangnya anda perlu risau. Si suami bertukar menjadi lebih metroseksual, memakai wangian, semakin bergaya atau sudah mula menjaga badan, dan sekiranya semua ini terjadi dengan tiba- tiba tanpa sebab yang anda ketahui, mulakanlah penyiasatan anda kerana perubahannya mungkin adalah untuk menarik perhatian seseorang.
TEKNIK CIUMAN YANG BOLEH ELAK SI DIA CURANG >>
Perubahan cita rasa
Selalunya si suami mendengar stesen radio Melayu dan menggemari lagu rock kapak. Sekarang, stesen radio di dalam kereta telah bertukar kepada saluran jazz. Tempat duduk di sebelah penumpang pun asyik berubah sahaja. Cubalah menyoal suami anda mengenai perubahan ini kerana berkemungkinan ada kena mengena dengan orang yang selalu menumpang keretanya. Cita rasa muzik boleh berubah sekiranya selalu mendengar genre tersebut.
RAHSIA YANG LELAKI TIDAK MAHU PASANGAN TAHU >>
Perubahan perangai
Suami mula menjadi lebih romantik tanpa sebab. Dia menghantar bunga dan coklat ke tempat kerja. Dia juga sering memberikan kejutan istimewa untuk anda. Jangan terpedaya kerana si dia mungkin cuba mengaburi anda dengan semua itu untuk menutup rasa bersalahnya. Siasat kenapa si dia mula rasa bersalah!
CARA BERDAMPING DENGAN KEKASIH METROSEKSUAL >>
Perahsia
Sekiranya suami mula menjadikan gajetnya sesuatu yang terlalu peribadi dan enggan berkongsi dengan anda, maknanya, dia cuba merahsiakan sesuatu. Dia gementar untuk mengangkat telefon di hadapan anda atau tidak mahu mengangkatnya langsung. Mesej di dalam telefon semua dipadamkannya. ‘History’ di dalam komputer riba dibersihkan. Anda turut menjumpai alamat e-mel barunya yang tidak dikongsi bersama anda. Semua ini merupakan tanda-tanda si dia mungkin ada berhubung dengan seseorang yang tidak mahu anda ketahui.
3-days rules
Sekiranya anda bertanyakan suami mengenai sesuatu, cuba bertanyakan soalan yang sama sekali lagi kepadanya selepas tiga hari kerana seorang lelaki jarang mengingati apa yang dibohonginya. Sekiranya jawapan yang diberikan berbeza, maknanya dia berbohong.
Ini hanyalah petanda untuk rujukan anda. Jangan kerana tip ini anda menjadi seorang yang cemburu buta pula. Walau bagaimanapun, komunikasi yang baik dengan suami, mampu merubah segalanya.