Berlebihan berat badan atau obesiti antara situasi yang paling digeruni wanita. Keyakinan diri pasti terjejas dan pilihan gaya fesyen juga terbatas. Lambakan tips di media massa antara cara terpantas bagi mendapatkan jalan penyelesaian namun tidak semuanya berkesan. EH! kali ini memberikan tips buat anda yang merancang untuk berdiet.
Tinjauan | Nasihat Pakar | |
Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan pelangsingan badan. Lakukan tinjauan dan dapatkan informasi sebelum mencuba sesuatu produk. Jika masih kurang yakin, apa kata dapatkan sampel terlebih dahulu bagi mengelakkan dari tertipu dan berhabis wang. | Ini antara tips terbaik untuk berjaya dalam program diet. Jika masih skeptikal dengan informasi dan produk di pasaran, dapatkan nasihat doktor atau pakar sebelum mencuba sesuatu produk. Selain selamat, anda juga dapat mengenali badan sendiri dengan lebih baik. | |
Sikap Semasa Berdiet | Get Some Reward | |
Sentiasa bersikap positif dan be realistic. Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan sesuatu di luar kemampuan anda. Menjadi kurus dalam jangka masa singkat hanyalah mitos! Rancang juga setiap aktiviti dan menu makanan sihat supaya segalanya menjadi teratur. | Sekali sekala anda juga perlu memberi penghargaan pada diri sendiri. Setiap penurunan yang berjaya dicapai lebih manis jika diraikan dengan sedikit reward seperti menikmati coklat atau ais krim kegemaran. Have some fun with it! |