Dari karpet merah ke laman sosial, penampilan mereka sentiasa mencuri perhatian, sama ada dalam sut hitam yang rapi atau sewaktu bersantai bersama anak-anak. EH! himpunkan ‘Hot Daddies’ selebriti lelaki dengan kombinasi rupa, tubuh sasa dan aura bapa idaman. Siapa pilihan anda?
Siapa kata status bapa mengurangkan pesona? Dalam dunia hiburan Malaysia, segelintir selebriti lelaki bukan sahaja menyerlah dalam lakonan atau nyanyian, malah kekal tampan, bergaya dan bertubuh sasa walaupun sudah bergelar ayah.