Dengarlah pendapat saya ini, setiap dari anda harus miliki Wardah Glasting Liquid Lip. Ia bukan sekadar gincu cecair biasa ya. Pasti anda tertanya apa yang menjadikan Wardah Glasting Liquid Lip begitu istimewa dan kami namakan sebagai Gincu (Liquid) Pilihan EH!?
Wardah, sebuah jenama yang mementingkan kualiti Halal dan kelembutan, telah berjaya merangkul perhatian para pencinta kecantikan dengan menghasilkan produk yang bukan sahaja cantik pada pandangan mata, tetapi juga baik untuk kulit. Glasting Liquid Lip adalah antara ciptaan terbaik Wardah, ia satu inovasi yang menggabungkan kecantikan luar dan kesihatan dalam.
Pertama sekali, formulanya yang mewah dan lembut seakan-akan balutan sutera untuk bibir. Ia diperkaya dengan minyak jojoba iaitu minyak semula jadi yang amat dikenali dengan keupayaannya untuk melembap dan menyembuhkan kulit bibir yang kering dan merekah. Satu lagi yang buatkan saya tertarik, ia mengandungi Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi bibir daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran matahari. Maka, bukan sahaja bibir tampak menawan, malah kesihatannya juga terpelihara!
Apa yang lebih menarik, gincu ini turut menawarkan kelebihan luar biasa yang menjadikannya antara yang terbaik di pasaran. Ia memberikan Glass Lip Effect iaitu kilauan tinggi yang membantu menutup garis-garis halus pada bibir, menjadikan penampilan bibir lebih licin dan sihat.
Ditambah pula dengan Cushiony Feel, hasil kehadiran ceramide dalam formulanya, bibir terasa lembut, tidak melekit dan sentiasa terhidrat. Bagi yang mementingkan ketahanan, anda pasti akan menghargai kemasan Stay-Gloss Finish yang mampu bertahan lama dengan pemindahan warna yang minimum serta tidak mudah comot. Benar-benar sesuai untuk gaya hidup aktif!
Dari segi tekstur pula, sapuannya sangat ringan, seolah-olah tidak memakai apa-apa, namun hasil akhirnya sempurna. Dalam satu calitan, bibir akan kelihatan penuh, sihat dan segar, berkilau seperti kristal. Ia memberi kemasan ‘glasting’, iaitu gabungan glos dan tahan lama, satu teknologi khas dari Wardah yang memberikan kilauan tahan lama tanpa rasa melekit.
Apa yang membuatkan rangkaian ini lebih istimewa ialah 13 pilihan warna yang pelbagai, sesuai untuk pelbagai ton kulit wanita. Setiap rona membawa karakter tersendiri, menjadikan koleksi ini sangat seronok untuk diterokai. Daripada ton semula jadi seperti 01 Caramel Coat yang lembut dan sesuai sebagai calitan harian, hinggalah ke warna berani seperti 06 Ruby Sparks dan 13 Pumpkin Drip yang ideal untuk majlis malam atau acara istimewa. Setiap warna dicipta untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita, menjadikannya sesuai untuk semua ton kulit.
Dari segi ketahanan, gincu ini boleh bertahan sehingga 16 jam, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin tampil cantik sepanjang hari tanpa perlu touch-up berulang. Sapuan warnanya berpigmen, mampu menutupi warna asal bibir dengan hanya satu lapisan sahaja. Ini memudahkan proses bersolek, sekaligus menjimatkan masa.
Sebagai seorang yang suka mencuba pelbagai jenis produk kecantikan, saya secara peribadi senang dengan prestasi Wardah Glasting Liquid Lip. Ia bukan sekadar glos bibir atau gincu biasa, tetapi gincu cecair berkilau yang berjaya menyatukan keselesaan, gaya dan ketahanan dalam satu sapuan.
Baca: Hilangkan Bintik Hitam Dengan Wardah Radiant Charge 10% Vitamin C + Ferulic