Tyga menghentikan perbicaraan mahkamah setelah mengaku tidak sihat secara tiba-tiba apabila disoal tentang perbelanjaannya untuk hadiah buat kekasihnya, Kylie Jenner.
Umum tahu yang mana rapper Amerika Syarikat ini mempunyai masalah kewangan sebelum ini. Tyga hadir di sidang mahkamah apabila didakwa gagal menjelaskan hutang US$200 ribu kepada Jason of Beverly Hills untuk seutas gelang tangan dan jam tangan kepada tukang emas.
Ketika perbicaraan sedang berlangsung, dan peguam pendakwa, Boris Treyzon menyoal tentang berapa banyak dia berbelanja untuk kekasihnya Kylie Jenner, Tyga terus mengaku kepada hakim yang dirinya pening dan keliru.
Ini sekaligus membuatkan sidang itu terpaksa dihentikan dan dibawa ke tarikh seterusnya yang mana pada tarikh 1 November, hari yang sama Kylie diarah untuk hadir memberi kenyataan.
Yang menjadikan persoalan ini adalah apabila Kylie memuat naik video di sosial media yang mana menerima beberapa hadiah dari kekasihnya itu termasuklah sebuah kereta mewah, Mercedes sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.
Dengan itu, ia menjadikan yang mana sepatutnya Tyga mampu untuk menjelaskan hutangnya kepada Jason. Tetapi jika Tyga ingin cuba menafikan segala pemberiannya kepada Kylie, ternyata yang kedua-dua selebriti popular ini adalah bercakap bohong.
Tidak kira sama ada Kylie sengaja menonjolkan kemewahan dan kejutan seakan Tyga menghadiahkannya barangan mewah dan berjenama, atau Tyga yang sebaliknya bercakap bohong di mahkamah.
Menurut media antarabangsa, rapper ini memiliki hartanah bernilai US$2juta tetapi memperuntukkan wang besar ketika mula bercinta dengan bintang Keeping Up With The Kardashian itu.
Februari lalu, kereta mewah jenis Mercedes G-Wagon milik rapper ini dikatakan telah ditarik apabila dia gagal membayar hutang bulanan selama empat bulan. Kereta berkenaan dibeli untuk bekas kekasihnya iaitu Blac Chyna, tetapi telah dilihat dipandu oleh kekasihnya sekarang iaitu Kylie ketika ke majlis ulang tahunnya di Nobu selepas dikenal pasti di cat semula pada Ogos tahun lalu.
Ia masih lagi tidak diketahui bagaimana Tyga mampu untuk memberikan hadiah mewah kepada Kylie sedangkan dirinya tinggal sepenuhnya di rumah apabila mengalami masalah kewangan yang teruk.
Bahkan, sebelum ini, Tyga juga pernah membelikan sebuah Ferrari buat Kylie untuk ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu, namun Tyga gagal membayar hutang bulanan kenderaan tersebut dan memajak kereta tersebut.