Selepas sembilan tahun, Ameera Khan kembali menjadi cover girl EH!. Lebih matang, lebih chic, kami berbicara tentang karier, impian, keluarga dan … cinta!
Saya teruja untuk kembali duduk menemubual Ameera Khan. Saya percaya Ameera yang pernah saya temubual sembilan tahun dulu, cara pemikirannya pasti berbeza hari ini. Berbanding dulu, saya menemubualnya ketika dia masih berusia 16 tahun. Banyak yang sudah dilaluinya, dan saya percaya hal-hal ini banyak mematangkan, merubah siapa dirinya hari ini. Jika dulu, ramai mengaitkan dia dengan kakaknya Neelofa, saya percaya ia seakan sudah terkikis sikit demi sedikit, kerana Ameera berjaya membuktikan dia boleh menjadi seorang yang independent, membina nama atas kakinya sendiri.
Saya mendengar kembali 45 minit rakaman temubual saya bersama Ameera Khan, dan ini 90 peratus inti pati perbualan kami, semuanya dikongsikan kerana kata Ameera “I’m not good at keeping secrets”.

EH! adalah majalah pertama yang meletakkan Ameera di muka depan, dan selepas sembilan tahun berlalu, saya percaya banyak yang berubah. Apa yang boleh Ameera simpulkan tentang journey dan pengalaman sepanjang sembilan tahun ini?
Bila EH! called me untuk cover shoot sembilan tahun dulu, honestly I knew this is definitely what I wanna do. Saya membesar dengan melihat kakak-kakak saya dan memang akan ada minat dalam seorang remaja yang sukakan benda yang lawa-lawa. Jadi bila dipanggil untuk cover shoot, I was “Oh my god, this is so fun getting glammed up”. Kemudian bila diberi peluang jadi cover girl, I was like “actually this can go somewhere”.
Pada waktu itu juga ada rasa berbelah bahagi, sama ada nak further study or not. I literally put that on hold, which my mom and dad supported. Dan saya juga memang beritahu my parents apa rancangan saya, dan mereka menyokong. But Daddy said “you better make it work. If you’re gonna put this on hold”. And I did, Alhamdulillah. And I never looked back, and I never looked the other way, which is people always ask, “Tak menyesal ke tak sambung belajar?”. Sama ada saya sambung atau tidak, saya masih mahu lakukan apa yang saya lakukan hari ini.
Dan kalau orang tanya apa yang berubah, saya boleh katakan my mindset, my ability untuk keluar dari zon selesa dan lakukan sesuatu yang selama ini saya takut nak buat. Banyak yang berubah dan saya hanya menjadi versi yang lebih baik. Tiada sebarang kekesalan, zero regrets.
Apakah antara perkara paling penting yang Ameera belajar dalam sembilan tahun ini?
Benda terbesar yang saya belajar… well, I’ve always said this tapi tak dapat nak dipraktikkan… putting myself first. Recently, saya mula memberi fokus kepada diri sendiri. Selepas saya rehat dari media sosial dua tiga tahun lalu, saya mula putting myself first. Saya hanya fokus kepada apa yang membuat saya gembira, apa yang saya mahu buat. Jika saya rasa saya nak buat sesuatu, saya akan buat.
If I feel like I wanna travel somewhere for the sake of, like, just having fun, I will do it. If I wanna, like, cancel, uh, work something just to, like, have fun with my family, I would prioritize that more. Apa yang diisi dalam diri saya itu jauh lebih penting daripada apa yang orang lihat di luar. You know what I mean?
So for example, like if I have two things that I have to choose from, it’s either like a shoot with whatever or a family holiday. If in that moment a family holiday is what I need, I will choose that. But if in that moment, I feel like I’ve spent so much time with them, I’m gonna focus on myself now.
Apakah perbezaan besar Ameera Khan lima tahun dulu dengan Ameera Khan hari ini?
I think my mindset.
Mungkin atas faktor kematangan?
I think so too. Saya dah lalui bermacam-macam pengalaman dan tak semuanya dikongsikan di media sosial. Dulu saya cuba untuk membuat semua orang happy, kinda like people pleaser. Tapi hari ini, I can’t be bothered. Affirmation wise, I am bigger than everything else. So, I have to put myself first. Saya perlu lindungi diri saya dan menjaga diri sendiri.

Ameera melancarkan jenama kecantikan LMK, apa rancangan seterusnya?
Ketika ini saya lebih senang doing a one-off thing. Jika saya buat sesuatu ia sebenarnya adalah proses untuk saya mengenali diri sendiri. Seperti saya masih di fasa menerokai bermacam-macam benda, dan cari apa yang terbaik untuk diri saya.
What’s the perfect fit for me, and what works for me. And I think a one-off thing, a fun thing, like the blush, it comes out, it;s gone, and it’s gone. Akan datang ada sesuatu yang baru dalam perancangan saya. Super soon. It’s super funny, super cute and you can wear it.
That’s the hint?
Ya! And it’s supposed to be like a humor thing. Fashion thing. Whatever that people has been throwing at me, like or hate, I wanna create somthing funny out of it. Seperti orang selalu kata ‘Nepo baby’, I’m embracing it. It’s not wrong. It’s not like I’m misusing it. I work hard.
This is out of topic, tapi ramai orang tak tahu. After the recent fashion week, Dior PR, Natalie was telling me yang dia bangga dengan saya kerana fashion baru-baru ini, hanya saya seorang influencer dari Asia Pasifik yang dijemput hadir, which was a huge thing kerana spending power negara kita tak sebesar negara lain. Tapi they chose Malaysian, chose me for me. And that is such a proud thing, for me, for Dior Malaysia.
I was like “why, though why?”. And then Natalie said “Because you work so hard. You don’t realize it you know why? Because you actually have fun while you work”. And it’s true, ada masanya saya tak rasa seperti bekerja. Kerana apa yang saya buat hari ini adalah sesuatu yang saya enjoy doing it. And I pernah beritahu dalam interviu kita yang dulu, pesan my dad I have to do what I love in order to do it for a long time. I think I found it.
*Ameera akhirnya menunjukkan beberapa gambar di skrin telefonnya. Jadi saya faham apa yang dimaksudkan dengan projak terbarunya. Stay tuned!

Ameera diberi banyak peluang menghadiri bermacam acara global, dan tentunya bertemu dengan ramai influencer dari seluruh dunia. Ada sesiapa yang menjadi rakan rapat?
Ada ramai, dan datang dari rantau yang berbeza, dan kerana itu jugalah kenapa saya suka travel. Sekarang, jika saya mahu bercuti, saya akan pilih tempat yang saya ada kawan yang menetap di sana. I used to travel with my cousins atau dengan keluarga, but now this time I’m like, “Okay, I wanna introduce you guys to my friends” or I just go seperate ways.
Antara yang rapat Jenny, she’s from Hong Kong and San Francisco, Youyu from Shanghai, Elva from Hong Kong. And we are planning girls trip to Langkawi. Ada juga influencer lain yang menjadi sahabat seperti Molly, Edi from London, Gamze from Turkey dan ramai lagi.
Dalam apa jua bidang, consistency adalah hal yang sangat penting. How you stay consistent with your posting and online presence?
Saya tak fikir hal untuk konsisten. Saya buat apa saja yang saya nak buat. Sebab saya suka. Saya akan kongsi apa yang saya mahu. Ia sudah jadi sebahagian hidup saya. And I don’t want anything to be a secret. Ada benda yang saya pilih untuk menjadi private, some things I wanna publicize it. Some thing I wanna keep it private, but I don’t want anything to be a secret. And I’m not good at keeping secret. Saya selalu overshare. Contohnya, tengok saja my IG Live… hahaha. Sampaikan Mama cakap “no more IG live”, hahaha!
Saya selalu menjadi diri sendiri, terpulang sama ada orang mahu terima atau tidak. I’m fine asalkan saya menjadi diri sendiri. Penat sebenarnya bila kita hold ourself back dan cuba menjadi someone else. Bagi saya social media sebenarnya bukanlah satu benda yang serius, but my work is serious. Saya cakap social media is unserious because I can share whatever I want. It’s supposed to used that way, right? Dulu apa yang orang cakap tentang diri saya, I used take it to heart. Now, I’m not sure.
Ameera pernah take a break from social media in 2022. Apa rasanya bila you ‘off’ from all of this?
Waktu itu saya tak tahu apa saya nak buat. Saya ambil keputusan untuk berehat dari media sosial untuk satu jangka masa yang agak lama. To be fair, waktu itu saya 21 tahun.
I was in a really bad relationship. Everything affected me. I was mentally very lost. I think if you saw my face waktu itu, you wouldn’t recognize me. Penghujung 2022, I felt the urge to restart whatever I did before. I felt super motivated, saya rasa inilah benda yang tepat untuk saya, that’s how I knew this is what’s missing from me. You know what I mean? Like, this whole social media, Instagram…
My relationship had huge influence on all my decision pada waktu itu. Tapi itu juga pelajaran terbesar untuk saya. Ia mengajar saya bagaimana untuk emotionally independent. Saya hanya patut buat apa yang saya mahu kerana no one else matters, and that’s what my parents tell me to do. Apa yang saya lalui saya percaya orang lain pun pernah rasa. I feel stupid, why I did let someone else take over my life? I’m just a girl… you know! As long as you learn from it, you’re good.

Sebenarnya, what is your biggest dreams?
My biggest dream is to go further and further in this career. Kerana saya rasa banyak yang saya dah capai, Alhamdulillah, dan ini semua saya capai pada usia 25 tahun. 25 is still very young, right? Haha.
Saya tak pernah berasa jemu, nothing is normal to me. Jika saya dapat tawaran dan jemputan yang sama berulang kali pun, saya bersyukur. Saya akan “oh this again? Okay let’s just do it”. Bagi saya bila saya dapat tawaran yang sama berulang kali, itu adalah surprise. Like “oh my God, I got it again?”. Every time I travel, it still excites me. Setiap kali I attend an event internationally, it still excites me. Like nothing is normal to me. No!
Bagi saya bersyukur itu adalah segalanya. Itu yang akan membuat diri kita sentiasa gembira. Bersyukur atas semua yang kita ada kerana itulah yang membuat semuanya menjadi lebih baik.
Sampai bila Ameera rasa Ameera mahu melakukan kerja ini?
Saya mahu lakukan ini sampai saya sendiri rasa I’m done. I’m not there yet, not even close. No. Saya memang teringin nak hadiri fashion show sejak kecil lagi. I’m gonna do it for as long as I want to. Mungkin satu hari nanti saya akan attend fashion show with my child? Cute right? But I don’t want my husband to be in the scene though.
Tapi sebelum ada anak, mungkin boleh pergi dengan husband. Jadi power couple?
Tak nak dah! Let me have the limelight… hahaha!

You had almost everything a girl could dream of, ada kemewahan, dikenali, keluarga yang bahagia, dan boleh buat apa saja yang Ameera suka. Tapi apa sebenarnya yang membuat Ameera betul-betul gembira?
Wow, I love this question. Thank you for asking really good questions, all of it. Usually I selalu jawab soalan AI… haha. What makes me happy right now? Okey macam ni, bagi saya hidup kita macam piramid. Like the qualities that you have is like a pyramid. Kita ada love, fame, wealth, family, tapi saya tak rasa semua orang ada piramid yang sempurna, tapi kalau ada Alhamdulillah. Boleh jadi kesihatan tak berapa baik. Tahun lalu bila Mama disahkan menghidap breast cancer, ia satu momen yang membimbangkan. Tapi Alhamdulillah kita dapat kesan dan remove immediately. But still, just last week we had another scare. My dad has an ulcer in his tummy. Tapi Alhamdulillah they are good. It’s manageable.
So obviously what makes me happy is obviously my parents, berada bersama-sama Mama dan Daddy. What breaks my heart ialah saya tak selalu ada dengan mereka bila saya perlu travel untuk kerja, which is a dream of mine. Tapi ini satu pengorbanan saya, I have to leave my parents, and they’re getting older. Mama 60 tahun, Daddy 64, it scares me but then saya percaya tak semua orang punya kehidupan yang sempurna.
Obviously, on social media apa saja boleh nampak sempurna. I’m not saying my life is imperfect. I think my life is pretty perfect. Semuanya berlangsung dalam waktu yang tepat. I don’t havbe love yet from my partner becuase it’s not the right time. It’s time untuk saya menjadi lebih matang. Mama dan Daddy bersama saya, saya ada super loving siblings. Walaupun ada yang dah berkahwin tapi kami kekal rapat. Oh my god, panjang pula jawapan, but ini semua yang buat saya happy. My faith, all my prayers came true. Kalau ada doa-doa saya yang belum termakbul, saya tahu it’s not the right time.
Apa doa yang belum termakbul lagi?
Jodoh… haha. Tapi saya tahu inilah masanya untuk saya fokus kepada diri sendiri. Tapi apa yang menakutkan saya bila orang fikir hidup saya sudah sempurna. orang selalu cakap “Oh my God, your life is so perfect. Everything is so perfect about you”. I get very scared kerana macam saya cakap tadi hidup kita macam piramid dan piramid hidup ini tak sempurna. Jika satu hari nanti saya bertemu jodoh, apa pula benda yang saya ada hari ini yang akan hilang. For big gain, you have to lose something, and I’m scared. So now I’m just enjoying.
Saya membaca satu interviu Ameera dengan satu majalah luar negara. Saya tertarik bila Ameera kata style reference Ameera ialah your Daddy. Mengapa? Sedangkan Ameera ada ramai adik-beradik perempuan?
Kalau Daddy baca artikel ni, Daddy akan kata “I tak pakai pun seksi seksi macam you” haha. My dad is super chill. Dia sangat laid back, sangat kasual. Tapi there’s one or two things on him, like a watch, atau apa saja yang boleh jadi statement. Daddy selalu cakap, “you don;t need to scream for people to know. people just have to see”.
Kita tak perlu show-off, just to be real. Tapi I love to show off sometimes because why not? It’s fun. Kalau orang perasan, apa yang saya pakai bila tak bekerja sebenarnya super chill. saya suka jean and baju besar, plain shirt. Comfort first. Kakak-kakak saya very glamorous, very girly.
Okey tadi, Ameera bagitahu Daddy cakap dia tak pakai seksi macam Ameera. Jadi, Daddy memang selalu tegur fasal apa yang Ameera pakai?
Of course, Mama dan Daddy selalu bising, they get angry kalau nampak saya pakai seksi. Mereka akan tegur. Sampai hari ini masih tegur. Mereka memang lakukan apa yang seorang ibu atau ayah harus lakukan. I’m just a stubborn daughter. Orang cakap my mom tak pandai tegur atau didik saya, bagi saya my mom has done a perfect job at raising me. I’m just a stubborn kid. Saya hanya mahu lakukan apa yang menggmebirakan diri saya pada usia begini, and then I will learn from it, tapi bukan sekarang.

Okey, Ameera ada ramai adik beradik perempuan, tapi orang suka bandingkan Ameera dengan kakak-kakak yang lain.
I get really pissed off, kerana mereka tak kenal saya secara peribadi. Mereka tak tahu bagaimana saya bercakap, bagaimana saya berfikir. They don’t know how I feel. Apa yang orang nampak di media sosial hanyalah permukaan sahaja. Kenapa perlu bandingkan saya dengan my sisters. bagi saya itu toksik.
Kita tak patut dibandingkan dengan sesiapa, kita hanya perlu bandingkan diri kita hari ini dengan diri kita sebelumnya. Dan itu yang saya praktikan untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Saya tak pernah membandingkan diri saya dengan orang lain. I feel like I’m very big on affirmation as well. I affirm myself that I’m the best thing ever. Membandingkan saya dengan my sisters is a bit unnecessary. Adik beradik bukan bermaksud copy paste.
Ameera bukan selebriti, tapi tidak seperti influencer yang lain, orang mahu tahu hal peribadi Ameera. Bagaimana rasa dengan situasi ini?
Saya tak salahkan orang lain kerana saya sendiri overshare… hahaha. Saya selalu kongsi di Instagram, jadi bila saya tak share something ke apa ke, saya rasa macam berahsia. I don’t like to keep secrets, but sometimes I want to keep it private. Tapi kalau private pun tak lama, saya tahu saya selalu get excited, you guys will know. Am not good at keeping secret or keeping things private.
What is love for you in general?
Mama dan Daddy mengajar saya apa itu love yang seharusnya. Sebagai contoh, bila saya dalam perhubungan dan I get heartbroken, I feel like I’m actually insulting my parents. Kenapa saya perlu heartbroken seteruk itu sedangkan my parents has given me huge, huge, huge , immense love? Yang macam I want to cry over something stupid? My dad and my mom dah berikan terbaik dan semuanya untuk saya. Saya sangat transparent dengan mama, saya berkongsi semuanya dengan dia. Kalau tentang perasaan, adik-beradik lain pun tak tahu. Saya selalu kongsi dengan Mama dan sepupu saya, Aisyah.

Okey soalan terakhir. Ameera pernah ada long-distance relationship. Do you think it’s actually can work or not?
Dulu, ya saya rasa it works. I had long distance relationship dalam hubungan pertama saya. It worked for me. But I’ve been through so many relationships dan saya tahu ia takkan berakhir baik kerana tiada kepercayaan.
I have trust issues. Bagi saya, the more relationship you’re in, the more trust issues you will have. Macam saya cakap tadi, ketika ini Tuhan mahu saya fokus pada diri saya sendiri. Dan saya percaya pada hal itu. Lihat saja Kak Lofa, dia berkahwin pada usia 30-an, lewat jika dibandingkan dengan adik-beradik saya yang lain. Tapi saya lihat hari ini, dia sangat bahagia. She’s like really fullfilled. Alhamdulillah, like super content. Dia sangat fokus kehidupan sebagai seorang ibu. Bayangkan jika dia ada baby masa umur 25 tahun, mungkin dia tak dapat seimbangkan semuanya. Jadi saya hanya mahu enjoy dengan apa sahaja yang ada hari ini. Saya percaya doa-doa Mama akan dimakbulkan satu hari nanti.
