Sesekali lakukan kelainan sedikit untuk sesi intim bersama tersayang pasti menyeronokkan.
Percayalah yang mana lelaki suka bereksperimentasi dengan lokasi hubungan intim dan mungkin ia akan buatkan sesi mesra kalian lebih mengujakan dari katil di kamar.
Bila hubungan intim asyik dengan lokasi dan posisi yang sama setiap masa, pastinya membosankan sekaligus menjadikan ia satu sesi seksi yang hambar.
Padahal ia sepatutnya waktu mesra kalian yang menghiburkan dan menyeronokkan tetapi ia menjadi bosan dek kerana tidak berani mencuba sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Mungkin kalian sebagai suami isteri boleh cuba lakukan sesi intim di lokasi ini untuk tambah keterujaan. Tetapi cuma kena pastikan ia selamat terlebih dahulu ya.