Demi isteri tercinta, Wawa Zainal, Aeril Zafrel sanggup berusaha lebih untuk menaikkan berat badannya untuk membina otot menjadi seorang lelaki yang bertubuh sasa dan sedikit besar.
Aeril kini dikatakan kelihatan semakin berisi dana boleh dilihat agak sasa kerana sudah giat ke gim untuk membuat badan. Dalam masa yang sama, Aeril menyatakan yang dia kini sememangnya tidak menjaga pemakanannya kerana mahu sedikit gemuk.
“Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya lebih sesuai dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit,” kata Aeril kepada media yang menghadiri tayangan perdana filem Bo-Peng.
Menurutnya lagi, dia tidak akan sesekali menayang bentuk badannya kepada umum. Meskipun sebelum ini kecoh di media sosial yang mana mengatakan rumah tangga pasangan secocok ini sedang berantakkan dek kerana Aeril cuba berlaku curang kepada Wawa bersama seorang pengikutnya di laman Instagram, namun berita itu tidak sama sekali benar.
Katanya isu berbalas komen ‘sweet’ tersebut hanyalah sekadar gurauan semata, bahkan pada ketika komen itu dibalas, Wawa sendiri berada di situasi tersebut.