Pasangan popular Hollywood, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dikhabarkan bakal berkahwin tak lama lagi di pantai Byron Bay yang juga merupakan lokasi kediaman mereka.
Laporan media antarabangsa menyatakan yang pasangan ini kini sedang meletakkan target sebuah rumah agam di situ yang bernilai US4.5juta.
Ada juga khabar angin yang mengatakan Miley dan Liam sudah pun selesai segala persiapan di lokasi perkahwinan tersebut dan mereka bakal melangsungkannya secara tertutup tepi pantai tersebut pada hujung minggu ini.
Miley sebenarnya seorang yang sangat transparent tetapi perihal ini dia agak berahsia. Dia tidak mahu apa-apa maklumat penuh mengenai perkahwinannya ini diketahui ramai.
Laporan mengenai perkahwinan pasangan ini mula tersebar pabila Miley dan tunangnya itu dikhabarkan sedang melalui proses untuk membeli sebuah kediaman di Byron Bay yang bernilai US4.5juta yangmana terletak bersebelahan dengan kediaman abang Liam iaitu Chris.
Miley juga sedang mempertimbangkan untuk mengikuti siri akan datang The Voice Australia sebagai juri dan ini menjadikan kenyataan itu lebih kukuh.
Sumber dari sebuah syarikat hartanah turut memaklumkan kepada The Daily Telegraph minggu lalu yang mana Chris sedang menggesa pasangan muda itu untuk membeli hartanah tersebut.