Fattah Amin percaya yang dirinya sedang diuji pada ketika ini setelah dikaitkan dengan Tania Hudson padahal sering dilihat seakan mempunyai hubungan istimewa bersama Neelofa.

Fattah yang terpalit dengan kontroversi mengatakan dirinya berlaku curang mengambil keputusan untuk tidak memanjakan isu tersebut. Sebelum ini sememangnya pasangan popular Fattah dan Neelofa tidak pernah mengakui mempunyai sebarang hubungan istimewa. Tetapi lama kelamaan mereka dilihat agak mesra bersama.

Namun, sekarang ini perhubungan dua bintang drama popular Suri Hati Mr. Pilot ini telah memasuki situasi yang agak tegang pabila wujud kata-kata yang mana hubungan mereka sudah berantakan dek kerana adanya orang ketiga yang mana dikaitkan dengan Tania Hudson yang juga adik kepada Natasha Hudson.

Tania juga telah tampil memberi penjelasan di mana dia menafikan kesemua dakwaan tersebut kerana dia hanyalah berkawan biasa sahaja bersama Fattah dan tidak lebih dari itu.
Bagi Fattah, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.
“Sejujurnya, saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini. Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza-beza dan waktu ini adalah detik saya pula untuk diuji. Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat, dugaannya juga pasti hebat. Saya memohon semua peminat agar mendoakan saya terus kuat bagi melalui proses ini,” katanya kepada BH Online.