Mohd Faiz Subri, penyerang dalam team bola sepak Pulau Pinang hari ini telah melakar sejarah bola sepak negara kerana berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 di Malam Anugerah FIFA yang berlangsung di Zurich, Switzerland.
Faiz diberikan anugerah tersebut gara-gara jaringan maut ketika sepakan percuma yang dilakukannya di Liga Super bertemu Pahang yang berlangsung di Stadium Bandaraya pada Februari tahun lalu.
Jaringan maut itu dikatakan satu sepakan yang ajaib di mana bola melencong seakan banana kick yang mana tidak sangka dek akal kerana ia seakan melanggar hukum fizik.
Anugerah itu disampaikan oleh Cristiano Ronaldo, legenda bola sepak Brazil. Penerimaan anugerah tersebut sekaligus menjadikan Faiz setaraf dengan pemain bola sepak yang terkenal di dunia yang juga pernah memenangi anugerah tersebut termasuklah Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Ini juga menjadikan Faiz berjaya menandingi dua pesaing lain yang berasal dari Amerika Selatan. Jaringan padu yang disepak oleh Faiz telah dirakam dan video berkenaan yang menjadikan beliau berjaya menyaingi pemain bola sepak dunia yang lain berdasarkan undian.
Jaringan magis dari Faiz itu dikatakan adalah satu sepakan yang sukar untuk diulang semula kerana ia adalah satu sepakan yang istimewa berbanding dua penjaring yang lain yang dilihat kerap melakukan aksi pemain bola sepak legenda sebelum ini.
Bukan itu sahaja, Faiz sebenarnya turut mara ke peringkat tersebut kerana pernah membuat kejutan apabila berjaya memotong jaringan penyerang Barcelona iaitu Lionel Messi dan Neymar.
Tahniah buat Faiz Subri yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.