Sudah 19 tahun berlalu sejak Shah Rukh Khan menjadi bintang dalam filem Dil Se dan Chaiya Chaiya, tetapi pengalaman berlakon di dalam filem itu sememangnya tidak akan dilupakan.
Baru-baru ini Shah Rukh Khan telah mula mempromosikan filem barunya yang berjudul Raees. Menerusi video promosi tersebut dilihat yang bintang Bollywood ini berdiri di atas keretapi yang sedang bergerak.
Dikesempatan itu, Shah Rukh Khan turut berkongsi cerita mengenai pembikinan filem Chaiya Chaiya. Dia mendedahkan yang mana ketika sesi penggambaran untuk sebuah lagu di dalam filem itu, semua penari-penari diikat rapi di atas gerabak keretapi demi keselamatan.
Namun, Shah Rukh Khan yang memainkan watak Baadshah dibiarkan tidak bertali kerana dia diminta untuk membuat aksi lompatan ketika dalam sesi lakonan tersebut.
“Semua penari diikat kaki mereka di atas gerabak tersebut demi keselamatan, tetapi ia agak sukar bagi mereka untuk membuat tarian. Keretapi tersebut bergerak perlahan, tetapi banyak kali juga kami melalui di bawah jejantas dan pada ketika itu kami tiada sebarang alat komunikasi seperti sekarang untuk berhubung dengan pemandu keretapi. Saya masih ingat ketika Farah Khan dan krew lain membawa kain putih. Setiap kali mereka mengangkat kain tersebut, ia bermakna kami perlu berhenti dan tunduk. Ia amat menakutkan. Sebab walaupun berbaring meniarap, kami boleh rasakan yang jejantas tersebut melepasi kami. Lagu tersebut dirakam dengan konsep guerilla. Keretapi itu akan berhenti dan tiba-tiba ia hidup kembali. Ia sangat sukar untuk merakamkan lagu tersebut. Ia juga menyeronokkan tetapi tidak tanpa kesukaran itu,” ujar Shah Rukh Khan kepada media Bollywood.
https://www.youtube.com/watch?v=YOYN9qNXmAw