Lindsay Lohan sekali lagi dilihat mengenakan tudung ketika berjalan di Turki dan ini menimbulkan lagi banyak persoalan adakah dia sudah memeluk agama Islam.
Persoalan ramai itu mula timbul pabila pelakon Mean Girls ini memadam semua gambarnya di laman Instagram dan meletakkan ucapan ‘Alaikum Salam’ di dalam ruangan profilnya di laman sosial itu.
Baru-baru ini Lohan menambah lagi spekulasi tersebut pabila dia dilihat memakai tudung ketika hadir ke Istanbul untuk mesyuarat perniagaan.
Dia dilihat mengenakan kot bulu dan tudung berona hitam menutupi rambutnya. Padanannya itu ditambah lagi dengan but berona velvet.
Ramai yang beranggapan pelakon terkenal Hollywood ini sudah memeluk Islam. Ada diantara peminatnya yang beragama Islam turut menyatakan rasa gembira dengan perubahan pada diri pelakon itu.
Bagaimanapun, Lohan tidak langsung mendedahkan kebenaran sebenarnya. Khabar angin sebelum ini pada tahun 2015, Lohan turut pernah dikatakan memeluk Islam kerana dia telah dirakam sedang berjalan di kota New York dengan memeluk Al-Quran.
Namun, menerusi sebuah program bual bicara Haber Turk, dia menerangkan yang mana Al-Quran tersebut sebenarnya adalah hadiah dari sahabat-sahabatnya.
“Kawan rapat saya, yang mana sentiasa ada kala susah dan senang di London adalah berbangsa Saudi Arabia. Mereka memberikan saya Quran dan saya membawa ia pulang ke New York kerana saya sedang mempelajarinya,” ujar Lohan.
Katanya lagi, “Ia membuka semua pintu untuk saya mempelajarinya dan mendalami secara rohani, untuk mencari maksud sebenar. Ini adalah diri saya.”
Walaubagaimanapun, dia kemudian telah diserang oleh orang disekelilingnya selepas gambarnya itu tersebar.
“Mereka mengaibkan saya di Amerika. Mereka buatkan saya kelihatan seperti syaitan. Seakan saya seorang yang jahat kerana memeluk Al-Quran,” ujarnya lagi.
Kemudian dia berasa gembira kerana ingin berangkat pergi dari Amerika dan terus ke London kerana baginya, dia merasakan tidak selamat berada di negara sendiri.