Akhirnya Datuk Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang mana seorang bekas pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson.
Pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri di Gereja St John Kuala Lumpur pada 29 Julai. Majlis resepsi mereka pula akan diadakan di sebuah hotel pada sebelah malam hari yang sama.
Menurut Hans, dia tertarik dengan sikap merendah diri Gabriella dan disebabkan itu dia memilihnya untuk menjadi isterinya.
“Kami berjumpa pada tahun 2011 ketika saya menjadi juri pertandingan Miss Tourism International. Selepas itu, kami pernah terserempak lagi dalam beberapa acara, tetapi setakat bertegur sapa. Hubungan kami mula rapat pada tahun lalu. Sikapnya yang merendah diri membuatkan hati saya terpikat, lantas memilihnya untuk menjadi teman hidup,” kata Hans pada BH Online.
Gabriella pula terpikat pada sifat matang Hans. Meskipun usia mereka agak jauh tetapi baginya ia bukan satu halangan untuk mereka bersama kerana dia lebih banyak belajar dari pengalamannya.
https://www.instagram.com/p/BRFSHJFhp0C/?taken-by=hansisaac
“Dia juga seorang lelaki yang mengutamakan keluarga. Sikap itulah yang membuatkan saya tertarik dengannya,”ujar Gabriella.
Hans telah melamar Gabriella pada 29 Januari lepas dan terus mengikat tali pertunangan.