Pasangan popular Amyra Rosli dan Amar Baharin bawakan berita gembira buat peminat-peminatnya kerana mereka bakal menimang cahaya mata.
Amyra Rosli yang tidak menyedari bahawa dirinya sedang hamil akhirnya disahkan doktor yang mana dia kini hamil tujuh minggu. Sejak beberapa minggu lalu, Amar sendiri telah mula perasan akan perubahan pada isterinya itu.
“Alhamdulillah, doktor baru mengesahka Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan. Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,”kata Amar kepada mStar Online.
Amyra dikatakan telah mengalami sakit perut yang sehinggakan terpaksa dibawa untuk rawatan di hospital. Tidak disangka yang mana lawatan mereka ke hospital memberikan mereka satu kejutan yang pastinya membuatkan ramai peminat pasangan ini terkejut gembira.
Bahkan, Amyra sempat memuat naik sekeping gambarnya ditemani suaminya ketika terlantar di atas sebuah katil hospital dengan emoji botol susu sebagai kapsyen. Amar juga ada berkongsi gambar terbarunya bersama isteri ketika di hospital berserta hashtag #KauAkudanDia di laman Instagram nya.
Ini jelas menunjukkan yang mana Amyra kini sedang hamil anak pertama buat pasangan popular ini. Khabarnya, berkemungkinan Amyra akan berehat seketika dari sebarang kerjaya lakonannya.
Tahniah buat Amyra Rosli dan Amar Baharin.