Kini tersebar pula spekulasi yang mengatakan bintang Mean Girls, Lindsay Lohan berkemungkinan bakal tampil dengan rangkaian fesyen hijab modest selepas dia memuat naik sekeping gambar di Instagram.
Lohan yang dikhabarkan telah memeluk Islam dilihat memuat naik sekeping gambarnya sedang mengenakan selendang berserta kapsyen yang bertulis “New Fashion Line coming soon…”
https://www.instagram.com/p/BRddhhZAzW3/?taken-by=lindsaylohan
Namun, ibu bapa kepada Lohan menafikan yang anaknya itu telah memeluk Islam. Menerusi gambar berselendang tersebut, ramai yang beranggapan bintang Hollywood itu bakal tampil dengan perniagaan tudung dan pakaian modest Islamik, ditambah pula dengan pendekatannya dengan agama Islam.
Lohan yang sebelum ini memadam semua gambar-gambarnya di laman sosial tersebut telah menukar informasi di ruangan profilnya dengan menulis Alaikum Salam. Bermula dari situ, spekulasi mengenai dirinya memeluk Islam mula tersebar.
Sesetengah pengikutnya menulis di ruangan komen seakan menyokong tindakannya itu, dan ada juga yang menyatakan bahawa segalanya hanyalah permainan Lohan demi untuk mengejar populariti di kalangan Muslim serta untuk melariskan perniagaan rangkaian fesyen hijabnya itu.
Menerusi sebuah sesi interviu bersama rancangan Good Morning Britain, aktres itu menolak untuk mengesahkan berita mengenai dirinya memeluk Islam tetapi menyatakan ia ada di dalam pertimbangan.
Bahkan, awal tahun ini Lohan yang aktif mengikuti badan kebajikan di Turki telah didakwa berprofil perkauman di sebuah lapangan terbang hanya kerana dirinya memakai selendang.
“Saya telah disekat dan didakwa berprofil perkauman. Dia buka pasport saya dan melihat nama saya ‘Lindsay Lohan’ dan dengan segera meminta maaf. Tetapi kemudian mereka meminta saya untuk membuka selendang,” ujar Lohan.
Katanya insiden tersebut membuatkan dirinya agak terkejut tetapi tidak tahu apa tujuan sebenarnya. Aktres tersebut turut disoal jika dia sudah memasuki Islam. Namun, Lohan memaklumkan yang dia sedang mempelajari Al-Quran dan ada yang membuatkan dia berminat.
“Saya tidak mahu bercakap tentang sesuatu yang saya belum habis baca. Saya tidak rasa ia betul. Ia masih di dalam pertimbangan saya,” katanya.