Jika anda rasa mengoles gincu bibir di dalam kereta adalah satu perkara yang sukar, hakikatnya ia ibarat memetik jari bagi gadis ini kerana dia membuktikan yang dia boleh bersolek penuh di atas bumbung sebuah motor (tuktuk) yang sedang bergerak.
https://www.facebook.com/RangeAdvertising/videos/1856021171338813/
Gadis kelahiran Filipina, Anne Custodio nyata berani untuk mencuba bersolek penuh di atas kenderaan yang sedang bergerak. Yang menariknya lagi, dia sempat merakam video selama enam minit.
Sememangnya ia dilihat sebagai satu perkara yang merbahaya, tetapi pada hakikatnya ia cukup mengagumkan. Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih tiga juta tontonan di seluruh dunia.
Di dalam video tutorial solekan tersebut, Custodio tampil dengan rambut yang dilekatkan dengan penggulung velkro serta memulakan sesi bersoleknya dengan seketul ais yang disapu pada permukaan kulitnya demi memastikan pori wajah tertutup rapi.
Kemudian dia mula menggunakan primer dan seterusnya bedak asas serta concealer. Custodio menyapu bedak kompak selepas pemakaian concealer serta diikuti dengan pemerah pipi.
Selepas itu, dia mula menyapu bronzer hanya dengan dua minit sahaja. Untuk mendapatkan kening on fleek, Custodio menggunakan pensel kening berona coklat dan mula menggaris dengan penuh hati-hati.
Sempat juga dia menggunakan pembayang mata berona neutral serta menggunakan maskara pada bulu matanya. Custodio juga tidak ketinggalan untuk membuat contour pada sisi hidungnya dan menambah highlighter.
Tidak dilupakan gincu bibir pada pengakhirannya serta membuka gulungan velkro yang melekat pada rambut. Hasilnya cukup sempurna di mata. Ternyata yang Custodio adalah seorang gadis yang berani menyahut cabaran sebegini.