Dengan lambakan produk kosmetik saban hari buatkan ramai yang keliru dengan langkah-langkah penggunaannya.
Jika dahulu, kita hanya ketahui tentang amalan menggunakan pelembap pada kulit supaya solekan boleh kekal lama, tetapi kini dengan adanya primer segalanya lebih terperinci dari segi pemakaiannya.
Bahkan rutin kecantikan pada waktu malam juga semakin meningkat dengan adanya serum wajah, selain dari hanya mengoles krim malam sebelum tidur. Ternyata yang dunia masa kini tidak hanya pesat dengan perkembangan teknologi semata, malah juga dari segi gaya solekan serta rutin kecantikan sehinggakan ramai yang mempersoal teknik yang mana buatkan wajah kelihatan halus mulus.
Jadi, ini dia cara yang boleh anda amalkan untuk tampil dengan solekan segar buatkan kulit wajah kelihatan halus mulus.
1. Oles primer selepas pelembap, sebelum foundation.
Jangan sengaja meninggalkan pelembap. Primer tidak mungkin melembapkan wajah, ia hanya krim yang mencantikkan dan mengekalkan foundation tahan lebih lama pada kulit muka.
2. Pakai pembayang mata terlebih dahulu.
Sebelum meletakkan base dan bedak asas pada wajah, pakai eyeshadow terlebih dahulu kerana lebih mudah membersihkan kotoran di bawah mata tanpa merosakkan foundation.
3. Berus blending untuk solekan mata.
Penting kerana berus ini bertujuan mengadun warna dan bukan menghilangkan warna. Penting untuk lembutkan solekan gandingan beberapa warna.
4. Oles foundation pada satu titik sebelum ke titik lain.
Foundation bukan seperti skin care yang kamu boleh calit ke seluruh wajah sebelum sapuan sepenuhnya. Sekiranya foundation diletakkan pada pipi kanan, oles terlebih dahulu sebelum beralih pada bahagian-bahagian lain. Kalau dibiarkan foundation lama, teksturnya mungkin bertukar dan jadi kering.
5. Concealer perlu disapu di atas foundation.
Keputusan untuk mengaburi kesan cela pada kulit wajah perlu ditentukan selepas memakai foundation. Sekiranya ada bahagian perlu dibetulkan barulah oles concealer.
6. Kulit kering membuatkan kamu lebih berusia.
Sebelum mengoles concealer pada bawah mata, campurkan sedikit serum malam. Hasilnya pasti menakjubkan.
7. Cara betul lembapkan bibir
Kerana pelembap bibir hanya meliputi lembapan 50% sahaja. Guna kain lembut untuk bersihkan bibir. Tekan lembut dan buang kulit kering sebelum sapuan balm atau krim rawatan bibir. Percayalah, kadang-kadang gincu atau pensil boleh jadi penyebab utama bibir menjadi kering.
Sumber : Cosmopolitan.my