Kim Raymond yang dilihat telah dimasukkan ke dalam wad hospital sejak lima hari lalu, akhirnya selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.
Isteri kepada pelakon drama bersiri popular Ariana Rose, Keith Foo telah dimasukkan ke dalam wad di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya sejak beberapa hari yang lalu demi memastikan segala persediaannya menanti kelahiran zuriat pertama itu berjalan lancar.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing. Keith Foo telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan jari kecil anak sulungnya itu menggenggam jari isterinya.
Gambar itu turut diikuti dengan kapsyen yang mana dia tidak menyangka yang dia boleh jatuh hati pada gadis lain selain isterinya tetapi ia berlaku selepas dia melihat anak pertamanya itu dilahirkan. Nyata Keith Foo menggambarkan perasaan syukur dan sayang terhadap isteri dan anaknya itu.
Gambar yang dikongsikan itu telah dibanjiri dengan komen-komen dari peminat serta rakan artis yang mengucapkan tahniah buat pasangan sama cocok sama padan ini. Bahkan ia turut mendapat lebih 17,000 likes.
Kim Raymond turut berkongsi keterujaannya dengan memuat naik sekeping gambar puisi bertajuk When Two Became Three.