Putera Harry memulakan lawatannya di Singapura dengan menyertai majlis berbuka puasa bersama warga Singapura yang beragama Islam semalam.
Putera kerajaan Britain ini menyertai sesi iftar yang dianjurkan oleh Jamiyah Singapura di ibu pejabat persatuan itu yang berlokasi di Guillemard Crescent. Ketika ketibaannya, Putera Harry menerima sambutan dengan persembahan kompang, satu acara tradisional melambangkan adat Melayu.
Bahkan, Putera Harry turut dipersembahkan dengan demonstrasi silat yang diketuai oleh bekas jaguh dunia, Sheik Alauddin Yacoob Marican. Gelincirnya matahari, Putera Harry dijemput untuk menyertai sesi berbuka puasa bersama kira-kira 80 orang yang turut serta.
Boleh kata ramai pengguna laman sosial yang melihat gambar-gambar Putera Harry sebagai satu sifat pemimpin yang cukup merendah diri dan bersahaja. Berdasarkan laporan Daily Mail, Putera Harry turut memberikan penghormatan dengan menundukkan kepala ketika Setiausaha Agung Jamiyah, Muhammad Rafiuddin Ismail sedang berucap dan mempengeringati tujuh orang mangsa yang terbunuh ketika serangan pengganas di London semalam.
Jamiyah Singapura merupakan sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membantu memulihkan penagih dadah dan dalam masa yang sama menyediakan tempat tinggal buat golongan ini.