Niat untuk berkongsi momen berkasih sayang antara David Beckham dan anak perempuannya, Harper kini menjadi satu isu yang dicemuh segelintir pengikutnya di laman sosial.
Beckham memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagramnya pada Khamis lalu berserta kapsyen “Kiss for Daddy,” yang menunjukkan kemesraan bapa dan anak itu memberikan ciuman antara satu sama lain ketika bercuti di Tanzania. Gambar tersebut dikatakan telah mendapat 1.8 juta ‘likes’ di Instagram kurang dari seminggu.
Sesetengah pengikut Instagramnya melihat yang mana gambar Beckham mencium anak kecilnya sebagai satu momen yang comel, manakala sesetengah pengikut pula memandang ia sebagai satu aksi yang menggelikan.
Ruangan komen gambar tersebut tidak hanya dipenuhi komen yang positif, malah juga dibanjiri kata-kata yang negatif dari segelintir pengikutnya.
Kira-kira setahun lalu, isteri kepada bekas pemain bola dunia ini, Victoria Beckham turut terpalit dengan kontroversi yang sama pabila dia memuat naik gambarnya sedang mencium bibir comel Harper.
Namun, rata-rata peminat tegar pasangan ini bersetuju yang mana tindakan pasangan ini yang gemar mencium bibir anaknya sebagai satu cara mereka menyayangi anak serta menunjukkan kemesraan ikatan keluargaan mereka dan bukannya dengan niat yang sebaliknya.