Elfira Loy diberi gelaran Selena Gomez versi Malaysia oleh majalah fesyen antarabangsa dunia iaitu Vogue.
Menerusi artikel yang ditulis oleh Janelle Okwodu di portal Vogue.com, Elfira digelar Selena Gomez dek kerana dirinya yang bijak dalam berfesyen dan sentiasa bergaya dengan penampilannya.
Aktres Malaysia itu dikatakan sesuai untuk disamakan dengan Selena Gomez yang mana bakat Disney yang versatil dalam berfesyen. Dengan gaya hijab warna-warni yang digayakan oleh Elfira serta aksesori fesyen dari jenama pereka fesyen ternama buatkan gayanya tampak lebih modest dan beri impak yang menyerlah.
Vogue turut memuji beberapa fesyen yang digayakan Elfira menerusi gambar-gambar akaun Instagramnya. Bahkan, majalah tersohor itu turut menyukai pilihan rona hijab yang Elfira gayakan selama ini.
Bukan itu sahaja, artikel itu turut membanggakan gaya Elfira kala mengikuti kembara untuk sebuah acara rasmi jenama produk kecantikan Caudalie di Seoul sebelum ini. Pada ketika itu Elfira memilih gaun berona biru langit dengan sulaman bungaan dipadankan bersama platform berona silver.
https://www.instagram.com/p/BVEmQBwDH2b/?taken-by=elfiraloy
Vogue turut memuji stail aktres kecil molek itu ketika menghadiri Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada bulan Mei lalu yang mana pada masa itu Elfira tampil dengan black ruffled dress bertatahkan kilauan kristal rekaan Rizman Ruzaini.