Bijak dalam menghasilkan karya lagu-lagunya, kali ini Taylor Swift muncul dengan video muzik single terbarunya yang punya mesej tersendiri lebih-lebih lagi buat Katy Perry.
Jika ada anugerah Ratu Kontroversi Penuh Drama, boleh kata Taylor Swift boleh menjuarainya. Andai video muzik terbarunya ini hanya sekadar satu cara untuk memasarkannya, sememangnya ia satu yang berjaya.
Selama setahun ramai yang bertanya di mana Taylor menyepi, dan pada masa itu juga dirinya menerima banyak kritikan serta digelar wanita yang suka bertukar pasangan dan menyalahkan lelaki sebagai punca perpisahan.
Taylor sememangnya banyak kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya termasuklah dengan Kanye-Kim, Calvin Harris, Tom Hiddleston, Miley Cyrus, Demi Lovato, Katy Perry dan senarai itu berterusan.
Dengan kembalinya dirinya sekarang ini menerusi video muzik terbaru, Look What You Made Me Do, ada pelbagai mesej tersembunyi yang terkandung di dalamnya. Baca terus untuk ketahuinya.