Romantis betul kejutan Fattah Amin untuk Nur Fazura sempena ulang tahun kelahiran aktres jelita itu.
“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran. Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik,” jelas Fazura kepada BH Online.
Fazura menerima 500 kuntuman bunga ros putih dan merah jambu dari Fattah. Jambangan bunga gergasi itu nyata buatkan Fazura tidak menyangka yang ia pemberian Fattah pada mulanya.
“Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” kata Fazura.
Sebelum ini, Fazura turut pernah menerima kejutan bunga dan kad ucapan berbentuk hati untuk ulang tahun hari jadinya pada pertengahan bulan ini daripada Fattah walaupun ketika itu aktor tersebut berada di luar negara.
Fazura telah berjaya melancarkan produk kecantikannya yang dinamakan TruDolly semalam sekaligus dengan sambutan hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Sebelum ini, Fattah turut pernah mengaku yang mereka telah pun berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing dan boleh kata kedua-dua belah pihak seakan gembira dengan hubungan dua pelakon ini.