Tiga orang ahli kumpulan k-pop wanita Girl’s Generation dilaporkan tidak akan menyambung kontrak mereka bersama SM Entertainment.
SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berhubung masa depan kumpulan Girl’s Generation setelah berita tiga ahli dari kumpulan k-pop itu mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama syarikat itu.
Menurut laporan pada semalam (9 Oktober), selepas perbincangan bersama SM Entertainment tentang kontrak mereka, tidak semua ahli kumpulan Girl’s Generation akan kekal bersama agensi itu.
Dikatakan hanya Taeyeon, YoonA, Hyoyeon, Yuri dan Sunny sahaja yang menyambung kontrak, menjadikan Sooyoung, Seohyun dan Tiffany mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama SM Entertainment.
Sumber memberita Yonhap News, “Tiga ahli kumpulan itu bersetuju untuk menamatkan kontrak. Girl’s Generation akan kekal sebagai sebuah kumpulan, tetapi tiga ahli ini mungkin akan dikendalikan di bawah agensi yang lain, tetapi yang pastinya kerjasama antara mereka akan lebih sukar. Walaubagaimanapun, ahli kumpulan ini masih dalam perbincangan akan apa keputusan yang ingin di ambil.”
SM Entertainment belum mengesahkan siapa ahlinya yang akan menyambung kontrak dengan agensi tersebut dan siapa yang bakal meninggalkan agensi itu. Namun, mereka menyatakan, “Girl’s Generation adalah sebuah kumpulan yang cukup bermakna kepada SM dan peminat. Ahli kumpulan itu juga tiada sebarang perancangan untuk berpisah. Secara ringkas, dek kerana ada ahli yang akan mengakhiri kontrak, keputusan untuk sebarang aktiviti bersama perlu lebih ketat selepas ini.”
Baru-baru ini Girl’s Generation melancarkan debut album ulang tahun yang ke-10 berjudul Holiday Night pada Ogos lalu. Dikatakan yang laporan berhubung Tiffany merancang untuk mempelajari seni lakonan di Amerika Syarikat mula muncul selepas itu. Sooyoung dan Seohyun pula dikhabarkan merancang untuk fokus kepada lakonan di dalam muzikal, drama dan filem.