Bintang bola sepak Real Madrid ini mendedahkan nama pilihan untuk anak keempatnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi menerusi Instagram live.
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez telah mengumumkan nama bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi iaitu Alana Martina.
Ronaldo membuat perkongsian itu menerusi live Instagram akaunnya bersama teman wanitanya yang cantik jelita, Georgina Rodriguez.
Model Sepanyol yang berusia 25 tahun itu turut menyatakan yang mana anak pertama mereka dijangka akan dilahirkan dalam masa 25 hari sahaja lagi.
Pasangan itu merahsiakan berita kehamilan tersebut sehingga khabar angin mula tersebar yang mana mengatakan mereka menantikan kelahiran bayi tersebut awal tahun ini.
Tetapi Ronaldo kemudian mengambil kesempatan untuk tampil live di Instagramnya yang kini mempunyai 113 juta pengikut pada Jumaat lalu untuk membuat pengumuman itu.
Menerusi live Instagram tersebut, bintang bola sepak dunia itu turut ditemani bayi kembarnya serta Rodriguez, sementara anak sulungnya, Cristiano Jr sedang bermain bola di taman.
Bekas bintang bola sepak Manchester United itu mengatakan, “Saya memilih nama pertama, manakala Gio memilih nama kedua. Nama bakal anak perempuan kami adalah Alana Martina. Saya hanya ingin berkongsi berita ini kepada anda semua. Saya rasa ia adalah satu nama yang cantik.”
Ini bakal menjadi anak pertama pemain bola sepak Portugis yang tidak dilahirkan menerusi ibu tumpang. Pada bulan Jun lalu, Ronaldo menyambut kelahiran anak kembarnya Eva Martia dan Mateo, sekaligus menjadi anak lelakinya Cristiano Jr sebagai abang.
Mateo dirakam sedang menangis menerusi video live tersebut dan Ronaldo menjelaskan di mana anak kembarnya itu sedang kelaparan.