Teka-teki akan hubungan di antara Fattah Amin dan Fazura semakin hangat pabila pelakon wanita tempatan, Abby Abadi pula mengucapkan tahniah buat pasangan itu menerusi entri di Instagram.
Entri yang dilihat menerusi akaun Instagram Abby Abadi, memaparkan paparan artikel dari portal online yang menyatakan pasangan yang hangat diperkatakan itu sudah pun bernikah pada hakikatnya pada malam sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah minggu lalu.
https://www.instagram.com/p/Bbva4qRFh1o/?taken-by=abby_abadi112
Menerusi paparan skrin yang dikongsikan Abby, artikel berkenaan menyatakan yang mana Fattah dan Fazura telah bernikah dalam sebuah majlis sederhana yang mana telah berwalikan salah seorang abang kepada Fazura dan hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah sebagai suami isteri.
Spekulasi tentang pasangan ini sudah dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup mula tular di laman sosial pabila portal Harian Metro melaporkan yang mana telah berlangsungnya sebuah majlis seakan kenduri yang disyaki majlis perkahwinan kedua-dua pasangan itu di kediaman nenek kepada Fazura.
Namun kenyataan itu kemudian ditepis pabila pengurus peribadi kepada Fattah menjelaskan yang mana majlis yang berlangsung itu merupakan majlis doa selamat sempena keberangkatan mereka untuk ke Tanah Suci.
Segalanya bakal terjawab menerusi sidang media yang akan berlangsung pada petang ini bersama pasangan yang hangat diperkatakan ini. Nantikan berita selanjutnya di portal kami.