Priyanka Chopra merupakan salah seorang rakan baik kepada bakal Duchess of Sussex iaitu Meghan Markle. Ada kata bintang dari Bollywood ini bakal menjadi salah seorang pengapit di majlis perkahwinan Diraja itu nanti.
Selepas pengumuman rasmi tentang pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle dibuat, Priyanka Chopra terus menghantar ucapan tahniah kepada pasangan Diraja itu dengan satu entri paling sweet di Instagram miliknya.
Kawan rapat kepada bintang Suits, Priyanka memuat naik gambar rasmi pasangan itu dengan kapsyen yang cukup manis, “Tahniah kepada kawan baik saya, Meghan Markle dan Putera Harry!! Saya sangat gembira buat awak, Meg! Awak layak untuk kebahagiaan berpanjangan..Keep smiling that infectious smile. Xoxo ??❤️?”.
Entri tersebut telah menyebabkan spekulasi bermula yang mana menyatakan bintang Bollywood itu bakal hadir di perkahwinan Diraja itu nanti pada musim bunga 2018.
Priyanka bertemu dengan Meghan buat pertama kali di sebuah parti di Toronto, Kanada pabila Meghan menjalani penggambaran untuk siri dramanya yang cukup popular.
Mereka berdua mula rapat selepas Meghan menemu ramah aktres Quantico untuk blog gaya hidup yang dia bawa dan dua sahabat ini juga pernah dilihat meluangkan masa bersama menerusi perkongsian di media sosial.
Bahkan ada juga khabar yang mengatakan Priyanka bakal menjadi salah seorang bridesmaids di majlis perkahwinan Diraja itu nanti pada Mei 2018.
Sejak Priyanka menjejakkan kaki di Hollywood, bintang jelita itu telah banyak berkawan dengan beberapa pelakon termasuklah Meghan dan Sofia Vergara, tetapi jika dia berpeluang menjadi salah seorang pengapit buat Meghan pada hari yang dinantikan itu nanti, sudah semestinya ia satu momen yang paling bermakna sepanjang persahabatan mereka.
Tambahan lagi, jika Priyanka sememangnya bakal menghadiri majlis perkahwinan Meghan, aktres itu sekaligus bakal menjadi selebriti Bollywood pertama yang menjadi sebahagian di majlis perkahwinan Diraja British. Setakat ini, Priyanka masih belum membuat pengesahan akan berita tersebut.