Dengan kematian penyanyi Jonghyun akibat membunuh diri, ia sedikit sebanyak telah membuatkan ramai tersedar yang mana kes bunuh diri semakin meningkat sekarang ini.
Peningkatan kadar kes bunuh diri sekarang ini bukanlah satu perkara yang boleh di ambil ringan lagi kerana ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan buruk pada generasi akan datang.
Bukan hanya Jepun sahaja, malah Korea Selatan juga terkenal dengan masyarakatnya yang giat bekerja tanpa mempedulikan kesihatan diri. Berlebih kerja, terlalu depresi dan sentiasa bimbang, ia adalah salah satu tahap di mana dapat membawa ke arah membunuh diri.
Bagi warga Korea Selatan, berkongsi masalah emosi kepada sesiapa adalah satu perkara yang masih tabu menurut doktor psikologi, Dr.Kim Hyong-soo dari Chosun University di Kwangju.
Dengan berhadapan masalah tertekan dengan hidup, ramai warga Korea yang mengambil keputusan untuk membiarkan perkara itu. Bagi mereka, jika ada sesiapa yang mendapatkan rawatan dari pakar psikologi, mereka akan diberi stigma buruk sepanjang hidup dan disebabkan itu ramai yang mengelak dari berjumpa pakar.
Kematian penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Jonghyun akibat membunuh diri sedikit sebanyak membuka minda ramai tentang masalah depresi yang dialami bintang-bintang popular kegemaran ramai sehinggakan berani mengambil keputusan sebegitu sekali.
EH! kongsikan simptom-simptom sakit jiwa yang perlu anda khuatiri dan tidak mengambil ringan akan perkara ini. Jika anda ada mengalami tanda-tanda tersebut, sebaiknya dapatkan rawatan pakar dengan secepatnya di www.befrienders.org.my.
1. Berasa sedih dan kecewa.
2. Sentiasa keliru atau hilang konsentrasi.
3. Takut atau bimbang yang melampau, atau perasaan bersalah yang terlalu tinggi.
4. Perubahan mood tinggi dan rendah yang sangat ekstrem.
5. Mensisihkan diri dari kawan-kawan dan aktiviti.
6. Sentiasa penat, kurang tenaga atau masalah tidur.
7. Delusional, paranoid atau sentiasa berhalusinasi.
8. Tidak mampu untuk menyelesaikan masalah harian atau stress.
9. Sukar untuk memahami dan yang kaitan dengan situasi serta orang disekeliling.
10. Alkohol atau penyalahgunaan dadah.
11. Perubahan besar pada habit pemakanan.
12. Perubahan pada rutin hubungan intim.
13. Amarah yang melampau, bermusuh atau bersikap lebih ganas.
14. Mula berfikir ke arah bunuh diri.