Ramai keliru tentang identiti mereka yang bergelar peminat tegar K-POP. Malah, ada yang naik berang apabila ada peminat K-POP dan peminat drama Korea melakukan sebarang aktiviti. Ada juga yang salah anggap dengan mengatakan mereka lupa asal-usul dan tidak ingat pegangan Agama.
Secara amnya, peminat Korea amat berbeza dengan peminat hiburan di Malaysia mahupun peminat di Hollywood. Perbezaan jelas kelihatan apabila anda ketahui asal-usul peminat berkenaan. Yang penting peminat K-POP di Malaysia amat berbeza dengan peminat dari negara lain terutama sekali peminat di Korea.
Bagaimanapun, tujuan mereka adalah satu iaitu mahu artis kesayangan mereka hidup bahagia dan berjaya. Mereka juga adalah jenis yang sanggup menyokong dan menolong artis kegemaran walaupun pada dasarnya mereka lebih susah dari artis tersebut. Jadi tidak hairanlah mereka sanggup bayar hargat tiket konsert artis K-POP yang cecah ribuan ringgit berbanding artis tempatan yang kebiasaanya diminta secara percuma.
Oleh itu, sebelum anda menilai lebih lagi, EH! KOREA BUZZ senaraikan 20 ciri-ciri peminat K-POP yang anda perlu tahu. Mungkin selepas ini, anda boleh ketahui sebab dan musibab peminat Korea berbuat demikian dan punca artis Korea berjaya di seluruh dunia seperti kumpulan BTS yang berjaya menakluk Hollywood.