Acara anugerah Golden Globes 2018 tidak hanya menonjolkan busana-busana black-out yang avant-garde, malah setiap tatarias selebriti yang hadir juga gah tetapi masih tampak semula jadi dan tidak keterlaluan.
Karpet merah di Golden Globes 2018 kali ini mempunyai aura dan tona yang agak berbeza dengan tahun-tahun lalu. Yang mana kali ini majoriti aktor, aktivis dan pengarah tampil serba hitam, menjadi sebahagian dari kempen Time’s Up yang menentang ketidakseimbangan jantina di tempat kerja diikuti dengan isu masalah gangguan seksual yang kecoh di Hollywood.
Rata-rata selebriti memilih dandanan rambut serta tatarias wajah yang cukup semula jadi dan simple agar mesej yang ingin cuba disampaikan itu didengari. Meskipun kelihatan semula jadi, solekan barisan selebriti ternama ini masih dilihat gah menawan ketika tampil di karpet merah.
Siapa di antaranya? EH! himpunkan di rencana ini. Klik seterusnya.