Pabila kulit letih, ia akan mula kelihatan lesu dan tidak bermaya. Lebih-lebih lagi ketika tiba penghujung hari. Di saat itu anda dapat melihat bedak asas yang dipakai sejak awal pagi tampak bertompok dan serta tidak sekata. Tetapi jangan risau kerana EH! ada solusi masalah ini.
Setiap wanita mahukan kulit yang kelihatan berseri-seri setiap masa tanpa perlukan sebarang touch-up pada solekan. Dengan Anti-Darkening Cushion Foundation dari THE FACE SHOP, ia mampu untuk menghalang kulit dari kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ia merupakan produk terbaru dalam rangkaian Miracle Finish yang mana koleksi ikonik cushion foundation dari THE FACE SHOP. Ya, inilah produk yang dinanti-nantikan ramai wanita yang boleh bertahan sepanjang hari tanpa perlu touch-up.
Bedak asas yang bercirikan kusyen ini diformulakan dengan kehebatan dalam mengekalkan kesegaran kulit wajah sepanjang hari tanpa menggelapkan, biarpun setelah berpeluh dan seharian terdedah di bawah sinaran matahari.
Dengan teksturnya yang ringan mampu membuatkan litupan penuh hanya dengan beberapa olesan sahaja. Ia mengaburi segala cela pada wajah tanpa sebarang kesan tidak semula jadi.
Ia hadir dalam empat tona dari warm ke cool pada harga RM104.83 setiap satu dan boleh didapati di setiap outlet THE FACE SHOP bermula bulan Januari 2018 ini.
[envira-gallery id=”113724″]
Nak tahu apa kehebatan Anti-Darkening Cushion Foundation THE FACE SHOP? EH! kongsikan di bawah berserta tip penggunaannya.
Filter UVA dan UVB
Memastikan kulit sentiasa dilindungi dari selaran cahaya matahari.
Teknologi HD
Ia dicipta dengan teknologi HD yang menghalang bedak asas dari menjadi kegelapan pabila disapukan pada kulit.
Ekstrak lemon balm dan bunga chamomile
Ia memastikan kulit wajah anda sentiasa segar dan selesa sepanjang hari.
Ekstrak kulit buah mandarin dan daun persimmon
Dengan terkandungnya ekstrak ini, ia mampu mencerahkan kulit anda agar kelihatan cerah semula jadi.
Tip Penggunaan Cushion Foundation
1. Secara perlahan, tekap satu bahagian sisi span ke atas kusyen.
2. Sebaiknya, gunakan teknik dap pada permukaan kulit untuk menggunakannya.
3. Ulang langkah 1 dan 2 untuk litupan menyeluruh di sekitar bahagian mata, hidung dan mulut.
4. Siap! Hasil yang sempurna dan segar sepanjang hari. |
Lengkapi solekan segar anda dengan gincu! Tidak dinafikan yang mana dengan olesan gincu pada bibir, ia mampu menyempurnakan look harian anda dalam sekelip mata sahaja. Namun, demi untuk mendapatkan efek bibir mungil sempurna, anda perlukan berus atau pensel bibir.
Kini tidak perlu lagi kerana dengan adanya gincu THE FACE SHOP Flat Velvet/Glossy, anda boleh realisasi efek bibir mungil dengan hanya satu produk sahaja! Ia dicipta dengan permukaan rata, berbentuk segi empat tepat, yang mana memudahkan sapuan ke atas permukaan bibir. Bahkan, ia juga diformulasikan dengan super-pigmented. Ini bermakna dengan hanya sekali sapuan anda akan dapat rona vivid yang anda idamkan.
Lipstik THE FACE SHOP Flat Velvet/Glossy mengandungi beberapa jenis minyak yang masing-masing punya fungsi tersendiri. Dengan adanya minyak argan dan rosehip, ia dapat melembapkan permukaan bibir demi keselesaan sepanjang hari. Pada masa yang sama ia melindungi bibir dari kehilangan lembapan semula jadi menjadikan bibir lebih mungil dan lembut.
Manakala dengan terkandungnya minyak jojoba, calendula dan zaitun, ia dapat melegakan rekahan pada bibir. Bahkan, ia membantu untuk menghalang masalah kulit yang lain.
[envira-gallery id=”113727″]
Anda boleh dapatkan lipstik THE FACE SHOP Flat Velvet dan Glossy pada harga RM45 setiap satu di semua outlet THE FACE SHOP bermula Januari ini yang hadir dalam enam rona.
Lipstik Flat Velvet
|
Lipstik Flat Glossy
|
Tip Solekan THE FACE SHOP :
Efek Ombre Menawan 1. Sapukan lipstik pada permukaan bibir di bahagian tengah. 2. Gunakan jari untuk ‘stamp out’ ke arah bahagian luar, elakkan dari terkena pada bahagian luar garis bibir. 3. Blot menggunakan tisu untuk mengelakkan rona dari berubah.
Efek Bibir Mungil Menggoda 1. Garis bahagian bucu bibir dengan menggunakan sisi tepi lipstik. 2. Oles lipstik pada bahagian permukaan bibir, pastikan ia disapu kemas. |