Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Meskipun pertalian nenda dan cicit itu agak jauh, namun Puteri Charlotte sememangnya punya iras Ratu Elizabeth II menerusi gambar yang baru dirakamkan ini.
Dirakam oleh ibunya sendiri, Duchess of Cambridge Kate Middleton, gambar tersebut jelas menunjukkan yang puteri comel ini teruja untuk memulakan hari pertamanya di taska.
Pabila dibandingkan dengan gambar-gambar lama Ratu Elizabeth II, Puteri Charlotte nyata mempunyai ciri-ciri wajah yang sama dengan moyang beliau.
Puteri Charlotte mempunyai persamaan pada bahagian dagu dan hidung dengan nenda beliau pemegang monarki sekarang ini. Menrusi gambar tersebut juga, kanak-kanak kerabat diraja itu jelas dilihat penuh keyakinan ketika sesi penggambaran bersama ibu beliau.
Ketika hari pertama puteri ini memasuki Willcocks Nursery School di Kensington, Puteri Charlotte memakai beg galas Cath Kidston yang dihiasi dengan imej kuda.
Ratu Elizabeth secara tidak langsung memperlihatkan rasa cintanya terhadap kuda sepanjang hidupnya dengan gambar beliau sedang menunggang seekor kuda hitam di Windsor Castle baru-baru ini.
Untuk menguatkan lagi persaman antara nenda dan cicit diraja Britain ini, Duchess of Cambridge baru-baru ini mendedahkan kepada pemenang pingat emas Paralimpik, Natasha Baker yang mana puterinya itu kini sudah mula mengikuti kelas menunggang kuda.
Puteri Charlotte dikatakan menikmati kelas menunggang kuda tersebut yang mana ia juga sebagai satu berita yang baik, bahkan ibunya juga berharap dapat melihat puteri comel itu berada di line-up penunggang kuda 20 tahun akan datang.
Puteri comel itu kini berusia dua tahun, dilahirkan pada 2 Mei 2015 di Hospital St.Mary di Paddington. Beliau sekarang ini merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Duke dan Duchess of Cambridge.
Abang beliau, Putera George kini berusia dua tahun lebih dari beliau, dan merupakan pewaris takhta selepas Putera Charles dan Putera William. Puteri Charlotte turut berada di dalam tangga pewaris takhta selepas Putera George.
Puteri Charlotte bakal mengikuti taska tersebut sehingga 26 April dan mempunyai kelas di sebelah pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Manakala kelas petang bermula jam 2 petang sehingga 4 petang.
Baca : Kos Nurseri Puteri Charlotte Setaraf Ijazah Institusi Swasta Di Malaysia
Puteri kepada Duke dan Duchess of Cambridge ini bakal mengikuti kedua-dua sesi kelas yang mana memperuntukkan sejumlah £14,550 (RM79,039) setahun.