Dengan hanya RM50, anda kini boleh membawa pulang mesin kopi dan menikmati secangkir kopi premium dengan hanya satu sentuhan. Tawaran istimewa ini juga adalah titik pemula untuk anda menikmati kopi setiap hari dengan lebih mudah di rumah selain menggandakan kemeriahan anda menyambut tetamu Hari Raya nanti.
Pejam celik pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meraikan Aidilfitri. Kami percaya persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal juga semakin rancak- dari persalinan ke dekorasi kediaman semuanya semakin rapi. Tapi, kami ada satu cadangan untuk anda memeriahkan lagi sambutan lebaran tahun ini. Apa kata anda lengkapkan kediaman anda dengan sebuah mesin kopi?
Tahun ini genap sedekad Nespresso bertapak di pasaran Malaysia dan jenama ini memang dikenali dengan ‘Machine Subscription’ yang menjadi akses mudah untuk penggemar kopi memiliki mesin kopi di rumah. Dan bersempena dengan ketibaan lebaran, Nespresso turut melancarkan kempen ‘With Love’ yang merancakkan lagi program ‘Machine Subscription’ ini.
APA YANG NESPRESSO TAWARKAN?
Bayangkan dengan RM50 sahaja, anda boleh membawa pulang sebuah mesin kopi dan hanya perlu membuat bayaran bulanan serendah RM90, dan harga bulanan ini bergantung pada jenis mesin kopi pilihan anda. Konsep Machine Subscription oleh Nespresso ini pastinya berbaloi untuk anda. Bayangkan mesin kopi yang bernilai ratusan ringgit kini boleh dimiliki pada harga RM50 sahaja menerusi program langganan ini.
Tambah menarik, jumlah yang anda bayar setiap bulan akan dikreditkan kepada Nespresso Club Credits yang boleh digunakan untuk membeli kapsul kopi atau aksesori lain. Kredit ini anda boleh kumpulkan sehingga 12 bulan, sekaligus menjadi peluang terbaik untuk anda menambah stok kapsul kopi untuk musim perayaan akan datang. Andai kata nak anjurkan rumah terbuka, tak perlu pening kepala, stok pun sudah ada.

Tidak cukup dengan itu, bagi langganan pada bulan ke-13 dan ke atas, Nespresso akan menambah 10 peratus kredit bonus untuk langganan anda saban bulan. Maknanya, lebih banyak kredit bulanan, makin banyak kapsul kopi untuk anda.
Antara kapsul kopi yang ditawarkan ialah Lavender Vanilla Decaffeinated, pilihan tepat untuk penggemar kopi yang aromatik, sesuai untuk anda nikmati pada waktu malam termasuklah untuk berbuka puasa. Atau bagi yang sukakan kopi dan susu, boleh mencuba Caffè Florian yang memang sesuai diganding bersama sajian Hari Raya seperti rendang, ketupat dan kuah kacang. Tak cukup dengan dua pilihan ini, Nespresso punya rangkaian kapsul kopi yang cukup bervariasi untuk dipilih.

APA LAGI YANG MENARIK?
Nespresso memang mahu memudahkan semuanya untuk anda. Bagi setiap langganan, anda berpeluang menikmati penghantaran percuma. Jika tiada masa untuk singgah ke butik, anda boleh langsungkan semuanya secara dalam talian dan Nespresso hantarkan terus ke pintu rumah anda tanpa sebarang caj pembayaran. Ini tidak terhad kepada mesin kopi semata ya, ia termasuk kapsul kopi dan item asas yang lain.
Untuk setiap langganan, mesin kopi anda datang dengan dua tahun jaminan termasuk khidmat baik pulih secara percuma jika ada sebarang masalah atau kerosakan. Dengan semua tawaran dan kemudahan yang dijanjikan oleh Nespresso ini, anda sebagai pencinta kopi tiada alasan lain mengapa anda perlu bertangguh lagi untuk memiliki mesin kopi sendiri di rumah.

Kini anda hanya perlukan satu sentuhan untuk menikmati kopi premium di rumah setiap hari. Kemudahan ini bukan sahaja menjimatkan masa rutin penyediaan kopi anda saban hari, malah memberi anda lebih banyak ruang untuk meluangkan masa bersama tetamu lebaran ini. Semuanya menjadi mudah dan pantas.
Aidilfitri ini, setiap hirupan yang tetamu nikmati, nilainya lebih besar dari secawan kopi, ia pengikat erat silaturahim sesama sanak saudara dan teman-teman. Ayuh cipta memori lebaran paling nyaman tahun ini.
Klik pautan INI untuk melihat jenis mesin kopi dan tawaran harga langganan.
