Penghujung 2017, industri hiburan di Korea ditutup dengan kisah tragis yang melibatkan kematian ahli kumpulan SHINee iaitu Jong Hyun yang mati sebab bunuh diri. Tragedi menyedihkan itu membuatkan ramai pihak buka mata dan sedar kepentingan menjaga kebajikan golongan selebriti di Korea yang rata-ratanya bertungkus-lumus menghasilkan produk yang terbaik demi peminat tanpa menghiraukan kesihatan diri.
Bagaimanapun, tirai 2018 diserikan pula dengan pembukaan kisah cinta yang melibatkan 7 pasangan Selebriti Korea. Dalam kegembiraan mendengar pengumuman tersebut, terselit pula kejutan apabila pasangan ini terdiri daripada pasangan antara bintang K-POP dan pelakon terkenal di Korea. Sebelum ini, kebanyakkan selebriti di Korea lebih suka memilih pasangan dari karier yang sama antara pelakon dan pelakon serta penyanyi dengan penyanyi.
Namun, trend memilih pasangan ini telah berubah apabila melihat betapa bahagianya pasangan Kim Tae Hee dan Rain yang juga bintang K-POP melayari bahtera cinta. Ia pula akan disusuli dengan perkahwinan ahli Big Bang yang juga penyanyi solo terbaik di Korea, Taeyang yang bakal berkahwin dengan pelakon comel dan seksi, Min Hyo Rin tidak lama lagi.
Istimewa buat anda, EH! KOREA BUZZ senaraikan 7 pasangan Selebriti Korea yang telah mengumumkan kisah percintaan mereka pada awal Januari 2018.