Biarpun baru sahaja menyambut bayi ketiga menerusi ibu tumpang, Kim Kardashian West sudah bertanya kepada wanita tersebut jika mahu menghamilkan anaknya sekali lagi.
Seakannya bintang Keeping Up With The Kardashian ini tidak sabar untuk memperbesarkan keluarganya sehinggakan hanya selang beberapa hari menyambut kelahiran bayi ketiganya, Kim mahu menambah zuriat sekali lagi.
“Mereka telah bertanya kepada wanita ibu tumpang tersebut jika dia mahu menghamilkan anak mereka lagi selepas ini jika mereka telah bersedia,” kata sumber kepada US Weekly.
Kim dan West menyambut anak ketiga mereka dengan gembiranya di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles pada 15 Januari lalu yang dinamakan Chicago, turut serta anak perempuan mereka North, 4 tahun dan Saint yang kini berusia 2 tahun.
Bintang popular itu menyatakan yang mana mengupah ibu tumpang untuk menghamilkan anaknya adalah pengalaman yang paling dia tidak boleh lupakan kerana katanya, “She made our dreams of expanding our family come true.”
Bahkan, rapper Famous itu turut mendapat kawan baru menerusi pengalaman itu.
“Kanye dan suami kepada ibu tumpang itu dilihat cukup selesa berkawan. Dia juga turut berada di hospital pada ketika itu,” kata sumber lagi.