Musim cinta bersemi, bintang Hallyu Taeyang dari kumpulan Big Bang kini bergelar suami kepada suri hatinya, aktres Min Hyo Rin. Pasangan yang mula bercinta sejak sama-sama terbabit dalam pembikinan video muzik Taeyang mengadakan majlis tertutup hari ini (3 Februari 2018) yang dihadiri oleh keluarga, teman dunia seni serta teman rapat.
Dalam kenyataan rasmi YG Entertainment bagi pihak mempelai, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Upacara dilangsungkan oleh aktor Ki Tae Young diadakan di gereja disaksikan oleh keluarga, teman baik dan juga rakan industri. Penyanyi Zion.T pula dijemput mendendangkan lagu meraikan pasangan pengantin baru.
Majlis after-party kemudiannya beralih ke Paradise City, Incheon dihoskan oleh rakan Big Bang, Daesung. Rakan baiknya CL dan Seungri mewarnai acara meraikan kedua bintang itu dengan membuat persembahan khas.
Selebriti lain yang hadir termasuk artis YG anggota kumpulan Winner, Blackpink, CL, Sandara Park, Sean dan isteri Jung Hye Young, Tablo bersama isteri Kang Hye Jung serta anak mereka Haru, Cha Tae Hyun, Eugene, Kang Sora, Ra Mi Ran, Se7en, Jinyoung dari kumpulan B1A4 dan ramai lagi.
Pasangan ini turut menghiasi muka depan majalah Dazed Korea eksklusif sempena perkahwinan mereka dan telah merakam foto indah di Hawaii.
Bagi yang tertanya-tanya busana yang digayakan oleh pasangan pengantin, pereka Suzan Lee telah memuat naik foto eksklusif pasangan ini di akaun Istagramnya. Juga dekorasi dewan yang sungguh menawan oleh Youngsong Martin dari Wildflower Linen – yang juga bertanggungjawab menghasilkan babak perkahwinan dalam filem Twilight. Kedua pereka yang berpengkalan di Amerika Syarikat menghasilkan magis mereka buat Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young-bae dan isterinya, Hyorin.
https://www.instagram.com/p/BevBKYtlCL6/?taken-by=suzanleedesigns