Selamat sudah kelahiran putera sulung yang dinanti pasangan secocok, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri. Kecomelan anaknya nyata membuatkan ramai peminat bintang terkenal tempatan ini teruja setiap kali Nora memuat naik gambar terkini.
Nora selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.05 pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Anak sulung pasangan ini diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz.
Sejurus selepas melahirkan menerusi proses pembedahan, Neqayl atau lebih dikenali dengan gelaran baby Ney Ney ini mula popular di media sosial kerana pasangan terkenal ini mula berkongsi gambar comel putera mereka itu.
Bahkan, sehingga wujud sebuah Instagram palsu yang bernamakan anak Nora dan Nedim ini. Meskipun ramai netizen yang memujikan kecomelan anak aktres jelita ini, ada juga sesetengah yang mempersoal kewajaran pasangan ini berkongsi wajah anak mereka secara terbuka sejurus selepas dilahirkan.
Menurut laporan BHonline, Nora menyatakan, “Saya dan suami memang ‘sempoi’ sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami. Lagipun, saya sendiri, selepas dua tiga hari bersalin, pasti akan kongsi foto anak ini. Saya percaya setiap orang ada cara sendiri dalam hal ini.”
EH! mengucapkan tahniah buat Nora Danish dan Nedim Nazri atas kelahiran putera comel ini. Semoga dengan kehadiran anak ini membawa lebih kebahagiaan di dalam rumah tangga.
EH! kongsikan beberapa keping gambar comel baby Ney Ney. Klik seterusnya.