Kylie Jenner yang memuat naik video anaknya sedang tidur membuatkan ramai peminat teruja melihatnya dek kerana kecomelan Stormi yang terserlah.
Bintang realiti Keeping Up With Kardashian ini telah memuat naik sebuah video comel anak perempuannya yang tersenyum sewaktu sedang tidur. Tidak mahu merebut perhatian akan kelahiran bayi Diraja The Duchess of Cambridge dan Putera William, Kylie Jenner memberikan update terbaru akan anaknya, Stormi menerusi perkongsian video comel itu.
Video yang tular itu dikongsikan oleh Jenner sendiri menerusi akaun Snapchat. Menerusi video klip pendek itu, Jenner mengusap lembut kepala Stormi sambil tertawa melihat anaknya yang sedang terlena itu tersenyum kala dibuai mimpi.
Jenner meletakkan kapsyen pada video tersebut sebagai “My happy baby.”
Bahkan, Jenner sempat mengongsikan beberapa siri gambar anak perempuannya yang lahir pada 1 Februari lalu bersama teman lelakinya, Travis Scott.
Stormi merupakan bayi kedua yang lahir dalam keluarga Kardashian-Jenner pada tahun ini selepas kelahiran anak ketiga Kim Kardashian dan Kanye West yang dinamakan Chicago, menerusi ibu tumpang pada Januari lalu.
Awal bulan ini, Stormi telah mendapat sedara baru pabila Khloe Kardashian pula melahirkan bayi perempuan yang dinamakan True, anak pertamanya bersama teman lelaki Tristan Thompson.